Skip to main content

Kerana Duduk Terlalu Lama Dalam Tandas, Usus Besar Tergantung Di Dubur.


CHINA: Satu kejadian ngeri telah berlaku di mana seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital ketika tengah malam selepas dia menyedari bahawa separuh usus besar telah terkeluar daripada badannya.

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu telah bertindak memberitahu doktor yang merawatnya itu bahawa sebelum kejadian berlaku, dia telah berada di dalam tandas lebih setengah jam untuk membuang air besar.

Bagaimanapun, apabila lelaki terbabit diperiksa oleh doktor di Hospital Universiti Sun Yat Sen di China, pihaknya mendapati bahawa terdapat satu usus yang besar kira-kira sepanjang 16 cm sedang tergantung di luar duburnya.

Melihat kejadian tersebut, lelaki terbabit terpaksa menjalani pembedahan khas untuk membuangnya dan menurut doktor keadaan sebegini akan berlaku apabila penghujung usus itu tidak melekat di badan dan ianya akan terkeluar daripada badan.

Namun, apa yang mengejutkan pihak hospital adalah kes yang dialami oleh lelaki ini dikatakan lebih teruk daripada biasa.

"Pesakit mengalami `rectal prolapse’ sejak berusia empat tahun. Namun disebabkan ia tidak dirawat maka keadaan menjadi semakin buruk."

“Terdapat kesan darah dan lebam di dinding ususnya,’’ kata doktor yang merawatnya.

Tambah doktor lagi, jika seseorang itu berada terlalu lama di dalam tandas untuk membuang air besar, keadaan ini boleh melemahkah otot pelvis sama ada mencangkung atau duduk atas tandas.

Justeru, dia juga turut menasihatkan bagi sesiapa yang mengalami masalah yang sama mereka perlulah digesa untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sumber: Mynewshub.cc, Editor: Ira


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...