Skip to main content

Kembali Bersama Selepas Setahun Setengah Berpisah.


PETALING JAYA: Jika ditakdirkan bahawa seseorang itu adalah jodoh, pastinya ia akan bertemu kembali walaupun sudah berpisah atau membawa haluan masing-masing.

Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan perkahwinan kali kedua di antara Nabilah Mohd Esa, 29, dengan bekas suaminya, Muhamad Isman Hadi, 31, yang telah berlangsung pada hari Rabu yang lalu.

Pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan pada Mei 2013 dan mendirikan rumah tangga sebulan kemudian sebelum mereka berdua berpisah kira-kira pada tiga tahun kemudian iaitu pada Julai 2016.

Namun, jodoh yang kuat di antara mereka berdua telah menyatukan kembali ikatan cinta antara Nabilah dan Isman setelah mereka bercerai hampir setahun setengah.

"Hubungan kami selepas bercerai itu memang tidak berapa baik sehingga saya merasakan kami memang tiada harapan untuk kembali bersama.”

"Tapi, bekas suami pada ketika itu tidak pernah melupakan anak selepas kami berpisah dan dia akan datang melawat anak-anak pada setiap minggu biarpun terpaksa berulang alik dari Pahang ke Johor," katanya.

Menurut Nabilah, suaminya itu akan datang ke rumahnya dan dia hanya akan bermain dengan anak-anak di luar rumah serta langsung tidak bertemu dengannya disebabkan hubungan mereka yang telah renggang.

Namun, kerana keakraban Isman dan anak-anak itu, akhirnya ia berjaya mendekatkan hubungan mereka sehingga ia berjaya membuka hati masing-masing untuk melayari bahtera perkahwinan buat kali kedua.

"Apabila dia melamar saya buat kali kedua, saya minta dia tanyakan sendiri kepada ibu untuk mendapatkan restu kerana antara mereka memang ada masalah.”

"Rupa-rupanya ibu saya sudah lama maafkan dia dan bersetuju jika kami ingin berkahwin semula," ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Nabilah yang juga merupakan seorang ibu kepada dua cahaya mata lelaki berusia dua dan tiga tahun itu berkata, mereka sekeluarga sangat berharap agar perkahwinan kali kedua ini dapat mematangkan perangai mereka apabila berhadapan dengan sebarang masalah.

Bagaimanapun, status yang telah dimuat naik oleh Nabilah di Facebook telah menjadi tular dan ia berjaya menarik perhatian netizen yang turut gembira dengan mahligai yang dibina semula oleh pasangan tersebut. Sumber: Mstar Online
, Editor: Ira



                     Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor

          Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...