Gempar!! Anak Lembu Dilahirkan Dengan Kembar Seekor Kura-kura



Indonesia - Penduduk setempat di Kampung Hutabohu, Limbotu Barat, telah digemparkan dengan berita kelahiran seekor kura-kura yang mana ibunya adalah seekor lembu.

Lembu betina milik Rimin Nggadu itu telah melahirkan anaknya pada selasa kira-kira jam lapan malam.


"Selepas beberapa minit anak lembu dilahirkan, tiba-tiba saya nampak ada sesuatu melekat di badannya dan bila saya tengok lebih dekat, ia adalah seekor kura-kura kecil," kata Nggadu

Beliau yang terkejut dengan keadaan yang dianggap luar biasa itu turut memanggil jiran-jiran terdekat untuk menyaksikan kejadian itu.



Berita itu tersebar dengan cepat kepada penduduk tempatan dan orang ramai datang untuk melihat kura-kura yang dikatakan anak kepada seekor lembu.

Anak lembu dan kura-kura itu berada dalam keadaan sihat dan kura-kura itu dipelihara di dalam rumah dengan diberi makan sayur-sayuran.

Ketua Daerah Limboto Barat, Hasni D. Lamanasa ketika ditemui oleh Liputan6 berkata kejadian itu adalah bukti tanda-tanda kebesaran Allah SWT dan meminta orang ramai tidak mengaitkan dengan perkara mistik kerana bimbang ia akan menjadi syirik. Segala yang dianggap mustahil oleh manusia, akan tetap berlaku dengan kehendak-Nya. Editor:Anna