Skip to main content

Dua Beradik Maut Di Tetak ,Ketika Sambutan Hari Jadi


PETALING JAYA- Dua beradik dipercayai meninggal dunia selepas ditetak akibat salah faham semasa mereka menghadiri majlis sambutan hari jadi dekat Blok B Flat Damansara Bistari di Seksyen 19.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 2.30 pagi. Mangsa lelaki yang berusia 44 dan 36 tahun itu dikatakan berasal dari  Batu 7, Jalan Damansara menghadirkan diri di sebuah khemah berhadapan Block B flat tersebut.

Mereka dikatakan telah menghadiri sambutan hari jadi seorang anak rakan mereka yang didakwa tinggal di kawasan yang sama.

Majlis dikatakan berakhir dalam pukul 11.30 malam, namun kebanyakan tetamu mengambil peluang untuk bersembang dan minum minuman keras di khemah termasuklah kedua-dua mangsa tersebut.

Walau bagaimanapun, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood,timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, berkata pertengkaran ini berpunca di antara dua beradik itu bersama dengan tetamu yang lain.

Mangsa juga dikatakan sedang mabuk semasa pertengkaran itu berlaku. Menurut pihak polis,mereka masih lagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini. Mangsa dua beradik iti dipercayai telah di tetak menggunakan senjata tajam.

Sejurus kejadian berlaku,pasukan perubatan tiba dilokasi kejadian dan telah mengesahkan bahawa mereka berdua meninggal dunia.

Pihak polis turut menahan tetamu majlis sambutan hari lahir itu termasuklah tuan rumah yang mengadakan majlis berkenaan.

Pihaknya turut menjumpai senjata yang digunakan semasa menyerang mangsa di tempat kejadian.

Mayat kedua-dua beradik itu kini, di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia ( PPUM) bagi proses bedah siasat.

Menurut seorang penduduk,mereka menyedari kejadian itu kira-kira pukul 5 pagi ketika keluar dari rumah untuk ke tempat bekerja.

Kes dikasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Editor: Ila


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut