Benarkah Susu Jenama Dutch Lady, Ada Yang Tiruan?


Kecoh di laman Facebook hari ini mengenai susu keluaran produk Dutch Lady yang dikatakan tiruan. Pihak Dutch Lady dikatakan telah membuat promosi hebat 3 paket susu dengan harga RM 55.88 di sebahagian pasar raya besar di Malyasia.

Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya.
Menurut salah seorang daripada pengguna Facebook anak-anaknya mengalami cirit-birit berturut-turut selepas minum susu tersebut.

Manakala, anak perempuannya naik bintik-bintik merah yang sangat gatal diseluruh badan nya serta demam. Kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas dia menukar susu yang selalu di berikan kepada anak nya kepada jenama Dutch Lady ini.

Perkongsiannya mengenai kejadian tersebut telah mendapat sebanyak 10,998 perkongsian di laman Facebook dan  rata-rata yang berkongsi aratikal terbabit adalah daripada golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Namun, pihak Ducth Lady masih lagi berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa maklum balas mengenai isu ini kepada para pengguna yang bimbang akan kesihatan anak-anak mereka.

Meskinpun telah dihantar bermacam-macam komen di ruang Facebook Dutch Lady Malaysia pihaknya, masih tidak memberikan sebarang reaksi terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Diharap pihak Dutch Lady Malaysia dapat memberikan kerjasama kepada para pengguna kerana ianya melibatkan nyawa manusia. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di negara kita. Sumber: Eqien Yusof. Editor: Ila