Powered by Blogger.

Saturday, February 3, 2018

8 Gambar Pengawal Keselamatan Mirip Wajah Cristiano Ronaldo


Kata orang kembar kita ada tujuh orang di dalam dunia ini. Benar atau tidak? Namun banyak pengakuan yang telah diterima menyatakan mereka pernah menjumpai kembar sendiri. Perkara ini disebut disebut sebagai doppelganger.

Doppelganger berasal dari perkataan Jerman yang bererti “Double Walker”. Ia nya digunakan bagi merujuk kepada bayangan diri yang dipercayai telah dijumpai di alam nyata.

Kita juga pernah melihat kebanyakkan artis di Malaysia ini mempunyai kembar mereka seperti Aiman Tino, Siti Nurhaliza, Jeep Sepathu dam Remy Ishak itulah yang dikatanya sebagai doppelganger. Namun kali ini ianya melibatkan pemain bola sepak dunia yang berasal dari Portugal.

Artis yang dikatakan ini adalah Christiano Ronaldo,nama nya tidak asing lagi dalam dunia bola sepak. Mirip muka nya yang menjadi kegilaan para gadis di serata dunia ini membuatkan siapa sahaja yang melihat nya pasti 'cair' dengan kekacakannya.

Baru-baru ini beliau dinobatkan sebagai atlet yang memperoleh pendapatan yang tinggi.

Kali ini kita tidak mahu bercerita mengenai Christiano Ronaldo, tetapi kisah mengenai seorang lelaki warga negara Nepal yang dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondomonium di Taman Sri Gombak, Selangor. Memang mirip sekali dengan wajah Christiano Ronaldo kan?

Bukan wajah sahaja yang mirip, malah dia juga mempunyai bentuk badan yang tegap dan sasa sama seperti Christiano Ronaldo. Tidak kurang juga yang mengatakan dia mempunyai hubungan persaudaraandengan pemain bola sepak ini.

Jejaka tampan yang berasal dari Kathmandu, Nepal ini bernama Kumar dan sudah menetap di Malaysia selama 3 tahun untuk mencari rezeki yang halal buat keluarganya.

Aktiviti nya pada waktu cuti dengan menghabiskan masa di Gym bagi memperoleh bentuk badan yang diidamkan selama ini.

Kumar juga mendakwa bahawa dia sangat meminati Ronaldo. Kumar sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata.Semasa menceritakan latar belakang nya Kumar menyatakan bahawa dia pernah bekerja sebagai seorang anggota tentera di negaranya sebelum bekerja di Kuala Lumpur.

Bagi Kumar, kerja sebagi seorang pengawal keselamatan bukan penghalang untuk memiliki tubuh badan yang sasa sama seperti kebanyak selebriti.Ia nya terpulang kepada seberapa banyak anda meluangkan masa yang ada untuk bersenam serta sentiasa menjaga pemakanan.

Mari kita saksikan gambar Kumar yang dikatakan mirip dengan pemain bola dunia ini.Nampak sama tapi bukan dia. Editor:Ila