50 Fakta Menarik Diantara Lelaki & Perempuan Yang Anda Harus Tahu


Lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai perbezaan yang menarik. Kebanyakan perbezaan ini membolehkan golongan ini mengenali diri di antara satu lain.

Terdapat banyak fakta yang menarik mengenai lelaki dan wanita yang patut anda ketahui. Mari kita semak 50 fakta yang menarik di antara lelaki dan perempuan.

Fakta menarik yang pertama adalah kebanyakan wanita akan tidur lebih lama sehingga 1 jam lebih lama daripada lelaki di waktu malam.


Ini kerana kebanyakan wanita tidak suka menghabiskan masa mereka dengan melepak berbanding lelaki di mana mereka lebih suka melepak bersama rakan-rakan sehingga lewat malam.

Sperma lelaki bertanggungjawab untuk menentukan jenis kelamin bayi apabila melakukan hubungan bersama wanita. Ini berbeza kerana bagi wanita, mereka tidak mampu mengeluarkan sperma seperti yang dilakukan oleh lelaki.

Selain itu, kebanyakan bayi perempuan yang baru lahir akan lebih cenderung cepat berjalan dan bercakap berbanding bayi lelaki apabila mereka dikatakan akan mengambil masa yang lama untuk bertindak sedemikian sekitar dua bulan atau lebih.


Semasa proses kehamilan dan kelahiran, kebanyakan masyarakat mengatakan bahawa saat mengandung bayi lelaki akan berlaku lebih banyak komplikasi berbanding dengan mengandung bayi perempuan.

Wanita dipercayai mempunyai sel darah sebanyak 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan rata-rata berat otak lelaki akan berlaku pertambahan di antara 1 hingga 4 kilogram berbanding dengan otak wanita.


Kebanyakan lelaki lebih gemar melakukan pergantian alat kelamin jika dibandingkan dengan wanita. Ini kerana ada dalam kalangan lelaki yang mempunyai sifat kewanitaan dan sanggup berhabis wang ringgit semata-mata ingin menukar jantina mereka dan kelihatan seperti wanita.

Basikal yang dinaiki oleh lelaki dipercayai mempunyai palang di tengah basikal. Perkara ini akan memudahkan mereka untuk menaiki basikal dan senang untuk bergerak ke mana sahaja yang mereka suka.


Di samping itu, wanita lebih gemar memikirkan masalah yang mereka hadapi dan pastinya akan berlaku perubahan di dalam kehidupan mereka seharian.

Pada tulang punggung manusia, golongan wanita dipercayai lebih lebar dan besar, mengikut perkembangan tulang pinggul untuk proses persalinan. Berbeza bagi lelaki apabila hampir ke semua lelaki mempunyai timbunan lemak di bahagian perut berbanding di bahagian pinggul.

Wanita juga kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit mereka yang lebih besar, dan kebanyakan daripada mereka lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

Kebanyakan lelaki lebih suka bercakap terus sesuai dengan tujuannya, sementara percakapan wanita akan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Ini disebabkan oleh penghubung di antara belahan otak kanan dan kiri yang lebih kepada wanita sehingga ekspresi perasaan ini lebih mudah terjadi kepada wanita.

Wanita juga turut mempunyai deria penciuman yang tinggi disebabkan oleh kandungan hormone estrogen yang lebih tinggi di dalam badan. Seterusnya, wanita juga turut mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh yang akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding dengan lelaki di mana mereka lebih kurang mengeluarkan peluh. Bagi lelaki pula, mereka dipercayai mempunyai deria rasa yang kurang untuk mengetahui rasa masam, masin dan manis berbanding dengan wanita.


Hubungan intim diluar pernikahan dipercayai dilakukan oleh lelaki sebanyak dua kali lebih banyak berbanding wanita. Dalam pada masa yang sama, wanita akan dua kali lebih cenderung untuk melakukan homoseksual pada usia 45 tahun berbanding dengan lelaki.

Pada usia tua, wanita akan mengalami kerosakan rambut berbanding dengan lelaki yang akan mengalami kebotakan pada usia yang sama. Kebotakan ini berlaku disebabkan oleh hormone androgen yang berlebihan pada kaum lelaki.


Mata lelaki rata-ratanya lebih besar daripada wanita manakala mata wanita pula mempunyai lebih banyak bahagian yang berwarna putih. Banyak wanita yang menggunakan kaca mata dan lensa mata di antara usia 16 hingga 44 tahun.

Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding lelaki. Untuk system pendengaran pula, kebanyakan pendengaran lelaki akan menurun di sekitar usia 32 tahun berbanding wanita yang berusia 37 tahun.


Lebih banyak wanita yang dapat bernyanyi tanpa mempunyai suara yang sumbang jika dibandingkan dengan lelaki kerana pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30% lebih besar daripada wanita.

Bagi lelaki, jika berkomunikasi dengan sesame sendiri mereka akan saling berjauhan sehingga ada ruang diantara mereka dan kadang kala mereka akan bereaksi negative jika seseorang mulai mencelah di antara ruang jarak perbicaraan tersebut. Lelaki juga dikatakan lebih mudah tertekan jika dikeremuni oleh orang ramai sehingga membataskan pergerakannya.

Ketika berselisihan dengan wanita ketika berjalan, kebanyakan lelaki akan menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya di mana wanita cenderung membalikkan badan dan secara tidak sedar akan menempatkan tangan di bahagian depan badannya untuk melindungi dada mereka.

Wanita akan menghasilkan dua juta sel telur semasa hidupnya ketika berusia 4 bulan di mana lelaki akan terus menghasilkan sperma sehingga ke usia yang tua. Selain itu, kekuatan meramas tangan lelaki dipercayai dua kali ganda lebih kuat berbanding wanita.

Kira-kira 48 % lelaki akan berdengkur ketika tidur dan hanya 22 % perkara ini berlaku kepada wanita. Masa bagi wanita ketika berada di tandas lebih lama iaitu kira-kira 153 detik berbanding dengan lelaki sebanyak 113 detik.

Hubungan keluarga yang baik akan membantu untuk meningkatkan kualiti hidup iaitu sebanyak 62 % bagi wanita dan 49 % bagi lelaki. Dalam pada masa yang sama, satu per empat wanita kurang berbicara dengan gagap berbanding dengan lelaki yang kebanyakannnya akan berbicara dengan gagap.

Sebanyak 30 % wanita lebih aktif berhubungan seksual pada saat bulan penuh berbanding dengan lelaki dan lebih banyak wanita juga yang akan menggunakan cincin perkahwinan untuk dipakai di jari mereka walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.

Ketika berlaku pergaduhan, kebanyakan lelaki akan terus berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan bersua muka di antara mereka berbanding dengan wanita yang akan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri mereka saat ditimpa masalah.


Rata-rata lelaki akan membaca lebih lama daripada wanita, tetapi wanita akan melebihi lelaki sebanyak dua kali ganda untuk membaca. Wanita juga dipercayai lebih daripada dua kali ganda akan hidup sendiri berbanding lelaki setelah berusia 65 tahun.


Bagi pemilihan warna pula, lelaki gemar memilih warna merah manakala wanita lebih gemar memilih warna biru. Selain itu, hampir kesemua rekod Olimpik untuk berenang, lari, lompat tinggi, dan lompat jauh akan dipegang oleh atlet lelaki.


Dalam pada masa yang sama, wanita akan lebih banyak menggunakan kata ganti diri saya berbanding dengan lelaki yang lebih gemar menggunakan perkataan aku. Lelaki juga dipercayai lebih baik dalam membaca peta dan dalam bidang pengukuran serta mereka juga lebih cenderung melakukan dua pekerjaan pada waktu yang sama.

Dalam 99 % pereputan tulang akan terjadi kepada wanita setelah mereka melalui proses menopause iaitu setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita juga akan mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen yang menjaga pembuluh darah akan lebih lentur dan menolong mencegah kenaikan kolestrol.

Berdasarkan penelitian di Amerika, wanita akan menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja berbanding lelaki. Manakala, bagi perkahwinan pula, perkawinan yang lebih memuaskan kebanyakan terjadi kepada lelaki dengan usia lebih tua, berbanding wanita pada usia yang sama.


Lebih banyak wanita yang gemar menyatakan bahawa dirinya sedang sakit tenat daripada lelaki. Manakala melalui penelitan yang dijalankan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang akan meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung. Tetapi sebanyak 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal kerana kanser payudara pada tahun 1990.

Dalam status perkawinan, lelaki akan meningkatkan usia hidupnya tetapi bagi wanita pula, usianya untuk hidup lebih tinggi jika dia hidup bersendirian. Hasil daripada penelitian di Australia mendapati bahawa jenayah pembunuhan akan dilakukan oleh lelaki sebanyak 86% dan hampir 95 % penghuni penjara adalah lelaki. 

Melalui penelitian di England, kebanyakan kanak-kanak lelaki akan lebih mudah dibohongi atau diperdaya daripada anak perempuan. Ini kerana wanita dipercayai lebih berani. Di samping itu, lebih daripada 55 % wanita akan memeriksa giginya secara rutin berbanding 40 % pada lelaki. 

Fakta menarik yang terakhir adalah kebanyakan wanita gemar menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakainya, sama ada itu adalah pakaian biasa ataupun pakaian kerja. Bagi lelaki pula, mereka gemar berpakaian secara bebas dan tidak memilih untuk menentukan corak dan gaya penampilan mereka.


Berdasarkan fakta yang berikut anda bolehlah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan yang ada di antara lelaki dan wanita. Editor: Ira