Skip to main content

14 Fakta Mengenai Tidur Yang Pasti Mengejutkan Anda


Setiap orang pasti mahukan tidur yang lena kerana tidur merupakan satu nikmat di samping dapat merehatkan tubuh badan seseorang selepas penat bekerja.

Tidur merupakan satu proses yang sangat mudah dan menarik di mana anda hanya perlukan baringkan badan dan tutup mata serapat mungkin dan ia akan menjadi satu perkara yang sangat indah.

Tahukah anda jika dikumpulkan masa tidur seseorang, secara purata anda akan menghabiskan selama 26 tahun untuk tidur sahaja.

Semestinya dengan masa yang panjang ini, banyak perkara yang kita tidak tahu walaupun hari-hari itu sudah kita laluinya.

Namun, ini adalah fakta-fakta yang menarik mengenai tidur dan sudah pasti ia akan membuatkan anda terkejut.

Fakta pertama adalah manusia adalah satu-satunya mamalia yang sanggup tangguhkan waktu tidur mereka. 



Image result for manusia tidak tidur

Ini kerana manusia hanya akan tidur apabila mereka merasakan bahawa diri mereka benar-benar letih mahupun ketika mereka sakit sahaja.

Tidak seperti mamalia yang lain, kadang-kadang manusia juga suka menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti lain bagi mengelakkan diri mereka daripada berehat.

Seterusnya, ‘Sleep Apnea’ iaitu satu keadaan dimana anda akan berhenti bernafas buat seketika akan berlaku apabila anda tidur.

Secara purata, manusia akan mengalami ‘sleep apnea’ di antara 8 hingga 10 saat dan ini adalah salah satu punca biasa gangguan tidur di mana satu pertiga daripada penduduk Malaysia sedang mengalaminya. 



Related image

Anda fikir tidur anda tiada kaitan dengan berat badan? Sebenarnya dakwaan anda itu sangatlah tidak betul.

Ini kerana jika anda tidak mendapat tidur yang secukupnya, anda akan rasa cenderung untuk makan secara berlebihan disebabkan penurunan tahap leptin dalam badan.

Perkara ini akan menyebabkan rasa keinginan anda untuk makan akan semakin bertambah di samping berat badan anda juga akan turut bertambah. 



Related image

Fakta yang berikutnya adalaha manusia sebenarnya tidak mempunyai waktu tidur yang tetap.

Sebelum terciptanya elektrik, manusia sebenarnya tiada masa yang tetap untuk tidur di mana mereka akan tidur selama 3 hingga 4 jam seperti bangun, membaca, menulis, bersosial, berdoa, dan kemudian mereka akan kembali tidur 3 hingga 4 jam sebelum melakukan rutin yang sama.

Tabiat berjaga malam adalah satu perbuatan yang amat merbahaya dan boleh memudaratkan kehidupan seseorang. 


Related image

Jika ditakdirkan anda berjaga selama 16 jam berturut-turut, keupayaan fikiran anda akan semakin menurun sama seperti mengalami paras alkohol 0.05% di dalam darah.

Fakta yang berikutnya adalah TV yang berwarna mampu mengubah cara manusia untuk bermimpi.

Sebelum kewujudan TV yang berwarna, hanya 15% peratus sahaja manusia yang akan mengalami mimpi berwarna.

Tetapi pada hari ini, hampir 75% manusia mungkin mengalami mimpi berwarna disebabkan kewujudan teknologi yang serba canggih. 



Image result for tidur dan mimpi

Selain itu, altitude yang tinggi mampu meningkatkan gangguan tidur seseorang.

Oleh kerana kekurangan oksigen di udara, anda mungkin akan lebih mudah terganggu kerana mengalami isu pernafasan.

Menarik mengenai fakta yang seterusnya adalah anda boleh mengawal mimpi anda sendiri.

Perbuatan ini digelar sebagai lucid dreaming di mana keadaan ini akan berlaku apabila anda sedar bahawa anda sedang bermimpi dalam tidur tapi dalam masa yang sama anda cuba menahan diri anda daripada terjaga.

Tidur boleh menjadikan diri anda menarik kerana anda boleh masuk ke dalam semua mimpi.

Jika anda terbangun ketika anda sedang bermimpi, tutup mata anda dengan cepat dan pastikan badan anda dalam keadaan kaku.

Langkah sebegini selalunya tidak sentiasa berjaya, tetapi ianya pasti akan berbaloi kerana anda pasti dapat bermimpi perkara yang menarik semula.

Mimpi juga dalam pada masa yang sama mampu untuk meramal masa hadapan.

Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, satu pertiga orang pernah bermimpi perkara-perkara yang bakal berlaku pada dirinya di masa hadapan.

Dalam pada masa yang sama, manusia juga mampu bermimpi wajah orang yang pernah dilihat sahaja.

Walaupun anda tidak mengenali sesiapa dalam mimpi, anda sebenarnya mungkin pernah melihat mereka dalam kehidupan seharian.

Walaupun anda hanya terpandang wajah seseorang buat seketika, otak kita mungkin dapat menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan di hari lain.

Fakta seterusnya adalah ‘sleep paralysis’ akan berlaku semasa anda tidur di mana apabila anda bangun tetapi tidak boleh bergerak, ini dipanggil ‘sleep paralysis’. 



Image result for sleep paralysis

Bagi anda ini merupakan salah satu kejadian yang paling menarik, kerana pada ketika ini minda dan badan anda akan berada dalam keadaan sedar atau tidak sedar dan jika perkara ini berlaku, jangan risau kerana ini adalah tidaklah lama.

Fakta yang ketiga belas adalah dengan melihat lembaga aneh aka hantu di mana bagi sesetengah orang yang mengalami ‘sleep paralysis’, mereka mungkin akan rasa kehadiran ataupun melihat hantu dalam bilik tetapi pada masa yang sama tidak mampu berbuat apa-apa. 




Fakta yang terakhir mengenai tidur adalah orang yang buta dan haiwan juga akan bermimpi.

Ini kerana, orang yang buta sejak lahir tidak mampu bermimpi secara gambar, di mana mereka akan bermimpi melalui deria lain.

Mereka yang buta selepas lahir pula akan bermimpi melalui gambaran dan jika anda melihat kucing kesayangan bergerak-gerak semasa tidur, yakinlah bahawa dia sedang mengejar tikus kesayangannya dalam mimpi. 



Image result for orang buta bermimpi

Itu adalah fakta yang menarik mengenai tidur di mana fakta-fakta tersebut mampu membuatkan anda untuk tidur dengan lebih nyenyak. Editor: Ira 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...