Wanita Muat Naik Status Cari Orang Yang Membantu Menolak Kereta Yang Rosak Ketika Hujan Tular Dimedia Sosial.


Baru-baru ini satu status telah di muat naik oleh seorang pengguna laman sosial pada 22 Januari yang lepas apabila dia menceritakan tentang pengalaman yang dialaminya itu.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Lieza Naufal menceritakan satu pengalaman yang dilaluinya apabila dia memberitahu bahawa keretanya telah rosak ketika hujan lebat.

Apabila perkara tersebut berlaku, dia agak panik dan turut menghubungi rakan-rakannya namun mereka dikatakan lambat sampai di lokasi kejadian.

Namun, tidak disangka seorang lelaki yang hanya menaiki motosikal telah berhenti dan menolong untuk menolak kereta terbabit.

Wanita itu memberitahu bahawa lelaki tersebut berusaha untuk menolak keretanya walaupun pakaiannya itu telah basah.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu malah juga tidak sempat melihat nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki kerana lelaki tersebut dipercayai terus berlalu pergi sebaik sahaja rakan Lieza tiba di tempat kejadian.

Oleh sebab itulah, dia memuat naik status meminta supaya lelaki terbabit muncul supaya dia dapat membalas budi baik yang telah dilakukan oleh lelaki terbabit.

Namun begitu, status tersebut telah tersebar secara meluas di laman sosial di mana ramai pengguna laman sosial merasakan perkara itu sebagai perkara yang lucu dan turut meninggalkan komen yang merapu untuk pengakuannya itu.

Akibat tidak tahan dengan keletah netizen, Lieza turut memuat naik satu lagi status untuk mengecam tindakan tersebut di mana dia melakukan perkara tersebut hanyalah untuk membalas budi lelaki tersebut sahaja bukannya mencari perhatian umum.

Diharap, lelaki yang sebenar dapat memunculkan diri anda supaya masalah yang dihadapi Lieza dapat diselesaikan segera. Editor: Amira