Skip to main content

Video Dan Gambar Gempa Bumi Di Indonesia


JAKARTA: Satu gempa bumi berukuran 6.1 skala richter telah melanda wilayah Sukabumi, Jakarta semalam sekitar jam 1.34 petang.

Kejadian itu dianggap sangat menakutkan kerana ia merupakan salah satu kejadian yang amat dahsyat pernah berlaku di Indonesia.

Namun, bagi penduduk Indonesia mereka mula mengetahui saat-saat genting itu dan bertindak mengikut arahan sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Orang ramai dilihat mulai turun daripada setiap bangunan tempat bekerja mereka ke tempat yang lebih lapang kerana khuatir bangunan tersebut akan runtuh.

Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Dian, 38, ketika berlakunya gegaran, dia bertindak menyembunyikan diri di bawah meja kerana bimbang.

"Apabila gegaran terus berlaku dan berterusan, saya bertindak keluar dari bangunan, menuruni tangga bersama petugas lain," katanya.

Penduduk kota Jakarta dilihat berkumpul di luar bangunan dengan memenuhi jalan raya, manakala para pemandu juga bertindak memberhentikan kenderaan mereka.

Namun menurut pihak media, beratus-ratus rumah dilaporkan mengalami kerosakan di beberapa kawasan di Banten, Depok, Cianjur dan Bogor, namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini.

Dalam pada masa yang sama, sebuah masjid dan pusat kesihatan masyarakat turut dilaporkan runtuh dan rosak teruk di Banten.

Berdasarkan laporan daripada laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa bumi yang berskala 6.1 pada itu telah disusuli dengan20 lagi gempa kecil namun ianya tidaklah terlalu serius.

Sementara itu, pihak kedutaan Malaysia di Jakarta telah melakukan pemeriksaan yang teliti berhubung dengan perkara ini kerana terdapat ramai rakyat Malaysia yang menetap di sekitar kawasan terbabit.

"Setakat ini tiada rakyat Malaysia terbabit cedera dalam kejadian berkenaan,” ujar jurucakap kedutaan. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira




Warga Jakarta tenang, beratus rumah dilaporkan rosak akibat gempa di wilayah Sukabumi





Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 1 person

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...