Skip to main content

Tekak Koyak Akibat Cuba Tahan Bersin, Boleh Jadi Bisu.


Bersin sudah pasti menjadi salah satu tabiat yang tidak mungkin akan terhakis dalam kehidupan kita sebagai manusia di mana ianya adalah perkara yang kita sering lakukan pada setiap hari.

Umat Islam pastinya sudah sedia maklum bahawa Rasulullah S.A.W lebih pada 14 abad lalu pernah menggalakkan kita untuk bersin dan melarang untuk menguap yang mana kini terbukti ianya banyak memberikan kesan positif dari segi perubatan moden.

Jika anda berasa hendak bersin, jangan ditahan perbuatan tersebut.

Kajian terkini mendapati bahawa cubaan menahan bersin sebenarnya boleh membahayakan tubuh badan bahkan ianya tidak baik untuk diamalkan dari sudut kesihatan termasuk risiko kehilangan nyawa sendiri.

Perbuatan menahan bersin juga boleh menyebabkan tekak, malah gegendang telinga atau saluran darah dalam otak anda pecah.

Perkara ini telah dibuktikan melalui hasil kajian terbaharu yang diterbitkan oleh jurnal perubatan BMJ Case pada Selasa yang lalu.

Menurut pasukan pengkaji antarabangsa itu, apabila seseorang sengaja hendak menahan bersin, tindakan tersebut akan mewujudkan tekanan yang kuat dalam tubuhnya.

Perbuatan berbahaya iaitu menahan bersin ini telah dialami sendiri oleh seorang lelaki Britain yang berusia 34 tahun

Lelaki tersebut dilaporkan terpaksa pergi ke sebuah hospital di Leicester, England untuk mendapatkan rawatan perubatan kecemasan selepas mengadu dia mengalami rasa bengkak dan sakit teruk di bahagian leher.

“Lelaki itu menggambarkannya dia merasa ‘letupan’ pada bahagian leher selepas beliau menahan bersin dengan memicit hidung sambil menutup mulut secara serentak,” kata doktor menerangkan kajian yang diterbitkan itu.

Menerusi Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) yang dijalankan, doktor mengesahkan lelaki itu mengalami tekanan kuat akibat tindakan pesakit tersebut menahan bersin di mana ia turut menyebabkan belakang tekak mangsa turut terkoyak.

Lelaki berkenaan yang tidak mampu menelan makanan mahupun bercakap seterusnya dimasukkan ke hospital dengan segera serta beliau diberikan makanan dan antibiotik hanya dengan menggunakan tiub sehingga sakitnya itu kembali reda.

“Mujur beliau bertuah apabila dibenarkan pulang selepas seminggu dirawat. Menahan bersin dengan menutup mulut dan hidung adalah satu perbuatan yang berbahaya dan harus dielak.”

Kes seperti ini dikatakan jarang berlaku tetapi lelaki tersebut membuktikan bahawa dengan menahan bersin ianya boleh menyebabkan udara terperangkap di antara paru-paru dan turut memecahkan aneurisme serebrum, iaitu keadaan saluran darah menjadi bengkak seperti belon dalam otak.

Hakikatnya, bersin merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah bagi membebaskan pelbagai penyakit tertentu dalam badan bahkan Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita untuk mengucap tahmid setelah bersin. Sumber: Mynewshub, Editor: Amira

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...