Skip to main content

Seluar Ketat Punca Dara Wanita Jadi Rosak


Masyarakat kita sering mengaitkan selaput dara dengan kesucian seseorang anak gadis yang masih belum berkahwin .Benarkah dengan hanya menilai keadaan selaput dara sahaja kita dapat menentukan bahawa seseorang gadis itu masih "dara" ataupun sebalik nya.

Di dalam istilah kedoktoran selaput dara dikenali sebagai "hymen". Ianya merupakan satu selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Selaput ini wujud sejak bayi perempuan itu dilahirkan lagi. Terletak di antara 1 atau 2 cm sahaja dari bibir vagina. Manakala bentuknya bulat mengikut liang vagina seseorang gadis.

Ada di antaranya juga yang memiliki selaput dara dalam bentuk yang unik seperti bulan sabit dan mempunyai pemisah(septum).

Selaput ini sememang nya sangat nipis dan mempunyai permukaan membran yang lembut. Secara biologinya membrane sebenarnya tidak berfungsi namun berupaya untuk menampung beban yang berat.Oleh sebab itu, selaput dara dinilai sebagai bukti seseorang gadis itu adalah perempuan asli.

Selain dari itu, jika seseorang wanita melakukan hubungan intim selaput dara juga boleh terpecah. Di sini saya akan nyatakan sebab-sebab lain yang menyebabkan seseorang gadis itu hilang selaput dara nya.

Pertama, adanya sesuatu benda tajam atau tumpul yang menembusi selaput dara seseorang anak gadis.

Kedua, mungkin ada di antara kita yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak lalu terjatuh dengan hentakan yang kuat. Ini juga adalah salah satu penyebab seseorang gadis itu kehilangan selaput daranya.

Ketiga, memakai seluar yang terlalu ketat. Kebiasaannya anak gadis yang mula meningkat remaja sangat menitik beratkan soal penampilan.

Keempat, jika seseorang melakukan masturbasi atau lebih dikenali sebagai beronani. Ini juga akan menjadi punca selaput dara akan pecah.Kelima, rawatan yang dilakukan pada vagina.

Keenam, gangguan penyakit pada saluran vagina.Misal kata anda mengalami keputihan yang teruk sehingga terpaksa berjumpa dengan doktor pakar sakit puan untuk rawatan yang selanjutnya.

Ketujuh, kemalangan semasa melakukan aktiviti berat yang menjejaskan alat sulit wanita.

Percaya atau tidak dengan memakai seluar jeans yang ketat ianya boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian faraj. Jeans yang ketat seperti seluar skinny jeans dan memakai seluar legging dan di dalamnya anda memakai seluar dalam boleh mengurang kan pengaliran udara ke kawasan faraj.

Oleh sebab itu, tahap kelembapan di sekitar kawasan alat sulit wanita akan berpeluh dan kemudiannya menyebabkan bakteria,yis ,virus dan parasit dapat hidup dikawasan berkenaan.

Selain dari memakai seluar jeans yang ketat,jangkitan pada kawasan vulvovagina (atau vulvovaginitis) juga boleh berlaku.

Ini berpunca dari tahap estrogen yang rendah di kalangan wanita-wanita yang sudah terputus darah haid (menopaus) boleh menyebabkan vagina menjadi kering.

Alergik atau alahan kepada buih sabun, pembersih faraj dan wangian juga menyebabkan dara seseorang wanita itu akan rosak. Oleh itu, tahap kebersihan yang rendah di kalangan kanak-kanak juga akan mendorong kepada penyakit.

Jangkitan yang terjadi semasa pasangan melakukan aktiviti seks(sexually transmitted disease – ST) juga adalah salah satu penyebab nya. Jadi semasa anda ingin berhubungan intim bersama pasangan utamakan kebersihan anda dahulu.

Maka dari peringkat awal anda sebagai ibu bapa perlu mengajar anak-anak atau adik-adik anda untuk mengutamakan kebersihan kemaluan dari bahagian depan ke belakang bukan sebaliknya,bagi mengelakkan kuman dari saluran dubur akan merebak ke bahagian faraj.

Vulvovaginitis adalah jangkitan yang paling kerap ditemui di kalangan kanak-kanak kerana pH vagina masih tidak sesuai untuk menghindari daripada jangkitan kuman.

Antara tanda-tanda awal yang anda perlu tahu sebagai seorang wanita jika jangkitan kuman ini merebak ke bahagian faraj adalah pertamanya seseorang wanita itu akan berasa gatal-gatal di sekitar kemaluannya.

Keduanya,apabila anda menggaru kemaluan anda akibat berasa gatal akan tumbuh ruam-ruam panas serta kulit anda akan menjadi merah disebabkan geseran kuat dari kuku ke bahagian lapisan kulit.

Ketiga, keluarnya sejenis cecair dari bahagian faraj anda.Sebagai contoh jika anda mengalami keputihan.Keempat, vagina anda mengeluarkan bau yang kurang enak.Kelima,anda tidak berasa selesa atau sakit ketika anda membuang air kecil.

Perhatikan jika cecair yang keluar dari faraj anda berwarna hijau kekuningan, putih atau kekelabuan.

Selain itu, perhatikan juga cecair yang keluar dari kemaluan anda selepas anda melakukan hubungan intim, terutama sekali jika cecair yang keluar itu berbau hanyir.

Mengapa anda perlu merawat penyakit vulvovaginitis?Bagi mengelakkan ianya menjadi semakin teruk seperti berlakunya pendarahan di luar waktu haid, serta kesakitan semasa anda berhubungan intim dan untuk mengelakkan daripada terjadi nya ulser.

Jika penyakit ini semakin teruk, di nasihatkan supaya anda rujuk kepada doktor pakar di situ anda akan mendapat rawatan antibiotik atau krim supaya disapu bagi mengurang kan kemerahan sekali gus dapat merawat jangkitan dari berlaku.

Sekiranya doktor telah mengenal pasti anda dijangkiti disebabkan STD, maka pasangan anda juga perlu mendapatkan rawatan segera.Jika anda mengabaikan nya jangkitan ini akan berulang kembali.

Segala persoalan yang diajukan oleh doktor diminta anda dapat menjawab nya dengan jujur ianya bertujuan untuk mengelakkan penyakit ini berulang sekali lagi. Editor: Ila

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...