Polis Nafikan Sekatan Jalan Raya Penyebab Kemalangan.


KULAI: Pihak polis mengesahkan bahawa operasi sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan semalam di Kilometer 41.3 Lebuh raya PLUS arah selatan dekat Kulai telah di laksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, jarak sekatan jalan raya dengan kawasan kemalangan yang membabitkan tujuh buah kenderaan adalah jauh dan langsung tiada kaitan dengan sekatan yang dijalankan.

"Kemalangan berlaku dalam 500 meter dari SJR. Kawasan berkenaan cerah dengan lampu jalan.”

"Operasi di buat mengikut SOP dan kes masih dalam siasatan, selain menyiasatnya dari semua aspek termasuk keadaan kenderaan terbabit," katanya.

Dalam pada masa yang sama, dia turut mengulas lanjut mengenai dakwaan netizen berhubung kemalangan itu, di mana dia mengatakan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan pihak masyarakat harus menghentikan perbuatan tersebut.

"Saya minta netizen jangan membuat tohmahan tidak berasas dengan mengatakan punca kemalangan disebabkan operasi polis," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian awal pagi semalam, seorang lelaki telah maut, manakala lapan yang lain mengalami cedera parah selepas tujuh kenderaan terbabit terlibat dalam kemalangan di Kilometer 41.3 Lebuh raya Utara Selatan, arah selatan, dekat Kulai, semalam.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada 12.50 tengah malam itu mengakibatkan mangsa, Haziq Arshad, 25, maut ketika dalam perjalanan untuk ke Hospital Kulai.

Dalam kemalangan yang sama, dua kanak-kanak juga turut cedera termasuk seorang daripadanya yang dikenali sebagai Alishah Norpipah Abd Rahman, 3, dipercayai patah paha dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Sumber: Harian Metro, Editor: Amira
            No automatic alt text available.


                   Image may contain: outdoor
                   Image may contain: outdoor
                   Image may contain: one or more people, car, night and outdoor
                   Image may contain: car and outdoor
                   Image may contain: car and outdoor
                   Image may contain: car and outdoor
                   Image may contain: 1 person