Skip to main content

Perut Buncit Di Sangkakan Mengandung, Rupa-rupanya.....


CONAKRY: Seorang wanita di Guninea telah mengaku bahawa diri nya adalah seorang bomoh hebat. Dengan menggunakan khidmat nya wanita (pelanggan)  berkenaan akan mudah mendapat zuriat.

Kira-kira 700 wanita percaya bahawa mereka telah hamil. Bomoh ini telah pun di tahan oleh pihak berkuasa.

Laporan yang diterima daripada BBC, bomoh tersebut yang dikenali sebagai N'na Fanta Camara, telah memperdaya wanita yang sukar untuk mendapat zuriat dengan memberikan mereka ramuan campuran herba dan ubat-ubatan.

Ramuan tersebut akan membuatkan perut mereka menjadi kembung seolah-olah seperti mengandung.

Rata-rata pelanggan bomoh ini berusia di antara 17 hingga 45 tahun.

Sumber  yang dapat diperolehi mengatakan mangsa akan dikenakan bayaran berjumlah A$$33 (RM130) bagi setiap khidmatnya. Sedangkan secara puratanyta golongan terpedaya ini hanya memperoleh pendapatan sebanyak A$$48 (RM190) sebulan.

"Pada awalnya,bomoh ini memberikan saya ubat-ubatan daun herba yang akan membuatkan kami muntah, sudah setahun saya menggunakan khidmatnya.

"Malah bomoh ini menyakinkan kami bahawa ubat-ubatan ini selamat dan bagus untuk kesihatan.

"Semakin lama kami minum herba itu, semakin kembung perut kami.Kemudian kami akan merujuk kepadanya. Lalu bomoh akan menyentuh perut kami dan mengisytiharkan bahawa kami mengandung,"kata salah seorang mangsa.

Namun, setelah diperiksa oleh doktor,kesan fizikal perut yang disangkakan hamil itu sebenarnya hanyalah tindak balas yang terdapat didalam herba buatan Camara yang memudaratkan.

Camara mendakwa tujuan utamanya membuat campuran memudaratkan itu adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bayangkan, dia menipu orang ramai sehingga mendapat keuntungan ribuan dolar setiap bulan, manakala mangsanya akan menderita akibat kemiskinan dan berat badan naik mendadak.

Disebabkan mereka yang tertipu dengan khidmat bomoh ini,200 wanita berkumpul di balai polis tempat 'bomoh' itu ditahan untuk menuntut keadilan.

Kes ini telah tular ke seluruh pelusuk Afrika dan rantau yang berdekatan, gambar keadaan perut mangsa yang membuncit akibat menderita hasil ramuan herba bomoh itu juga turut dipamerkan supaya menjadi pengajaran kepada semua orang.

Majoriti wanita di Afrika masih bergantung kepada kaedah tradisional di dalam urusan harian mereka termasuklah ubat-ubatan tradisional.Sumber:Astro Awani .Editor: Ila



Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...