Permohonan Maaf Diantara Fathia Latiff Dengan Iqram Dinzly


NAMA Fathia dan Iqram menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.

Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan oleh Fathia menerusi satu kenyataan di IGnya semalam.

Pelakon Fathia Lafiff memohon maaf kepada Iqram Dinzly terhadap perbuatannya yang meninggalkan komen kontroversi ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Permohonan maaf Fathia itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut IGnya tidak kira sama ada positif mahu pun negatif.

Menurut Fathia, dia tidak mempunyai niat buruk terhadap Iqram dan perkara yang berlaku itu hanyalah salah faham.


Antara komen yang diterima adalah:

“Sekarang ni mintak maaf pun boleh dibuat-buat cakap senang je .Hmm sampai satu hari minta maaf tu dah jadi tak relevant sebab cakap je minta maaf tapi sikap tak ubah. Asyik buat salah minta maaf ntah betul-betul menyesal atau tak. Cukup la tu Fatiya orang takkan percaya dah mohon maaf awak tu,” -@beaufe_agent

“Itu urusan diaorang, manusia mana je yang tak buat salah. Yang kita ni jangan nak keruhkan keadaan,” -@muhammadarifalias

Terdahulu, Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika Iqram Dinzly  tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.

Komen yang di tinggalkan oleh Fathia itu sedang tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen. Sumber: Astro Awani - Editor: Amylea Nazrul