Pelakon Filem Lucah Mati Di Pusat Pemulihan


Olivia Lua, 23, seorang pelakon filem lucah telah meninggal dunia di pusat pemulihan di Los Angeles.

Lua merupakan pelakon filem lucah yang kelima meninggal dunia dalam masa 3 bulan sejak November tahun lalu.

Olivia Lua atau nama pentasnya Olivia Voltaire memulakan karier dalam industri filem lucah sejak 2016.

Lua yang mengalami masalah peribadi sejak Oktober 2016 telah melibatkan dirinya dengan najis dadah hingga terpaksa menjalani pemulihan.

Dia mahu berehat selama 3 bulan dan dijangka akan kembali ke dalam lakonan pada awal tahun ini.

Pada minggu lepas sebelum kematiannya, Lua telah memuat naik akaun twitternya dengan mengatakan beberapa orang pelakon filem lucah telah meninggal dunia dan dia sedih dengan keadaan itu.

Selain Olivia Lua, empat lagi pelakon filem lucah lain yang telah meninggal dunia dalam masa tiga bulan ini adalah Yuri Luv (31), August Ames (23), Shyla Stylzez (35) dan Olivia Nova (20).