Kisah Menyentuh Hati Gadis Kecil Yang Terpaksa Memikul Tanggungjawab Menguruskan Adik-adiknya Selepas Ditinggalkan Ibu


CINA - Di usia kanak-kanak adalah masa untuk bergembira dan menikmati masa kecil itu dengan indah dan bahagia namun tidak semua kanak-kanak memiliki peluang begitu.

Kanak-kanak berusia 10 tahun yang bernama Xiao Ying terpaksa memikul tanggungjawab seperti orang dewasa selepas kematian ayahnya dan ibunya pergi meninggalkan dia dan adik-adiknya.

Gadis kecil ini tinggal di Natang, Cina bersama dua orang adiknya dan terpaksa menguruskan dirinya sendiri serta adik-adiknya.

TribunWow.com melaporkan ayah kanak-kanak itu meninggal dunia kerana sakit barah dan ibu mereka meninggalkan mereka beberapa tahun lalu.

Xiao tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa melakukan kerja rumah dan menguruskan adik-adiknya.

Bapa saudara Xiao pernah mengatakan hasrat untuk mengambil kedua adik lelakinya namun Xiao menolak kerana tidak mahu berpisah dengan adiknya.

Xiao berjanji akan menjadi ayah dan ibu sekali gus untuk adik-adiknya.

Mereka tinggal di rumah bapa saudara, namun Xiao tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada adik-adiknya dan sering melakukan pekerjaan rumah seperti memasak, mencuci pinggan mangkuk dan pakaian serta membantu adiknya dalam pelajaran.

Lebih mengagumkan lagi apabila Xiao tetap belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun banyak melakukan pekerjaan rumah bahkan memiliki prestasi yang baik di sekolah.

Pihak sekolah yang mengetahui keadaan Xiao Ying akhirnya memberikan gadis kecil itu biasiswa untuk sekolah.

Bukan hanya pihak sekolah, namun terdapat beberapa orang juga memberikan bantuan kepada Xiao seperti wang dan barang-barang keperluan selepas mengetahui keadaan Xiao Ying. Sumber:TribunWow.com , Editor:Farhana