Jihan Selamat Melahirkan Putera Sulungnya


Pengacara dan pelawak terkenal Jihan Musa telah selamat melahirkan anak sulungnya. Bayi lelaki itu di lahirkan secara pembedahan di DEMC Specialist Hospital Shah Alam, pada pukul 10.15 malam tadi.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa,35 ,telah selamat melahirkan anak sulungnya seberat 3.85 kilogram. Putera sulung nya itu dilahirkan dalam keadaan selamat.

Jihan juga dikatakan anak merehatkan diri selama dua bulan daripada menjalankan sebarang aktiviti seni untuk lebih memberikan tumpuan kepada keluarganya.

“Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili Jihan Musa dan Engku Hariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung seberat 3.85 kilogram pada jam 10.15 malam sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

"Jihan dan bayi nya dalam keadaan sihat dan sedang berehat. Ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan bakal berehat dari apa jua aktiviti hiburan selama dua bulan untuk beliau berikan sepenuh perhatian terhadap keluarganya.

"Kami daripada pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih atas doa serta sokongan dari ahli keluarga, rakan yang terdekat,rakan-rakan media dan semua para peminat,".

Suami Jihan iaitu Ungku Hariz meluahkan rasa syukur sudah bergelar seorang ayah.

Jihan dan Ungku Hariz Faizal,32,telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mac tahun lalu. Editor: Ila.