Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Diugut Bunuh Gara-Gara Tinggalkan Kumpulan Whatsapp.


Aplikasi Whatsapp sering sahaja menjadi salah satu media sosial yang selalu digunakan secara meluas di dunia.

dengan adanya aplikasi ini, ia dapat memudahkan urusan seharian di mana kita tidak perlu menghabiskan duit dengan menelefon.

Menerusi aplikasi ini, banyak kumpulan telah ditubuhkan seperti kumpulan untuk keluarga dan lain-lain lagi.

Ini kerana, dengan adanya kumpulan di aplikasi ini, ia dapat memudahkan kita untuk berinteraksi sesama sendiri dan dapat mengeratkan hubungan yang sedia ada.

Namun, tidak bagi cerita di bawah di mana seorang individu dikatakan telah meninggalkan kumpulan yang disertainya di laman sosial ini tetapi apa yang mengejutkan adalah sebaik sahaja dia bertindak sedemikian, dia telah menerima satu mesej di mana dia telah dikecam di samping turut diugut dengan kes bunuh.

Melalui perbualan terbabit, individu itu dikatakan telah meninggalkan satu kumpulan di laman aplikasi Whatsapp.

Namun, seseorang yang tidak dikenalinya memarahi individu terbabit kerana bertindak sedemikian.
Dalam pada masa yang sama, individu yang tidak dikenali itu turut bertanyakan sebab-sebab dia meninggalkan kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan olehnya bersifat acuh tidak acuh di mana dia tidak mahu melayan kemarahan individu terbabit.

Apabila keadaan menjadi tegang, individu yang dipercayai berumur 22 tahun itu mula bengang dan mengugut untuk bertindak di luar jangkaan.

Namun, dia juga dikatakan tidak takut jika mangsa hendak melaporkan kejadian itu kerana dia memberitahu bahawa dia adalah anak ahli parlimen.



Perbualan berbaur ugutan itu dikatakan berlarutan apabila suspek juga turut mengugut bahawa dia akan menghantar seramai 400 orang budak motor untuk menyerang mangsa.

Dalam pada masa yang sama, dia juga turut memberitahu bahawa keluarganya haruslah sentiasa dijaga di mana jika mangsa tidak bertindak sedemikian, dia akan membunuh kesemua ahli keluarga mangsa. 





Selepas pergelutan di antara mereka selesai, individu terbabit dikatakan menyesali perbuatannya itu dan turut berasa insaf.

Individu itu juga turut memohon maaf kepada mangsa yang diugutnya itu namun semua mesej tersebut langsung tidak dilayan.



Setelah diteliti, kumpulan Whatsapp terbabit adalah hanya sebuah kumpulan khas untuk peminat permainan video yang dikenali sebagai 'Squads Mobile Legend'.

Dalam pada masa yang sama juga, individu tersebut yang belum mendapat permohonan maaf dipercayai mahu membuat apa sahaja supaya perbuatannya itu dapat dimaafkan.

Dia juga turut memberitahu bahawa dia juga sanggup untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di laman sosial Facebook miliknya. Sumber: Oh Bulan, Editor: Amira