Skip to main content

Awas!!! .. 20 Tanda-Tanda Lelaki Di Cintai Jin Betina...


Manusia sering kali takut apabila mendengar cerita-cerita mistik seperti cerita hantu, jin dan sebagainya.

Benda-benda mistik ini dipercayai suka mendampingi manusia yang selalu sahaja terjebak dengan perkara-perkara maksiat dan tidak bermoral.

Disebabkan perkara sedemikianlah Islam melarang umatnya daripada membuat maksiat tetapi oleh kerana kedegilannya, manusia sendiri mudah terjerumus ke dalam perkara terkutuk itu.

Perkara sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun pangkat di mana apabila perkara ini berlaku sudah pasti akan ada perubahan yang mendadak di dalam diri orang yang mengalami masalah ini.

Perkongsian di bawah ini merupakan tanda-tanda yang akan dialami oleh lelaki apabila dirinya itu dicintai oleh jin wanita.

Tanda-tanda yang pertama yang akan dialami adalah lelaki yang dicintai oleh jin akan mempunyai sikap seperti wanita.

Bagi lelaki yang mengalami tanda-tanda ini seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan sebagainya mungkin telah berdampingan dengan jin wanita.

Selain itu, lelaki yang sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada di khalayak ramai juga kemungkinan dicintai oleh jin.

Tanda ini boleh berlaku apabila jari anda akan menggeletar saat berdamping dengan orang ramai ataupun jika anda berada di hadapan khalayak ramai.

Kadang kala badan anda juga akan turut bertindak sedemikian kerana anda sangatlah gemuruh untuk berhadapan dengan orang ramai.

Tanda-tanda yang ketiga adalah anda suka mengelamun dan berkhayal mengenai perkara-perkara yang romantik.

Contohnya anda akan selalu berangan bahawa anda sedang berasmara dengan perempuan, tidak kira perempuan itu anda kenal ataupun tidak, perempuan yang pernah anda lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

Di samping itu, sikap suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam dan suka duduk bermimpi bersendirian sambil melayan perasaan di bawah purnama bulan juga turut mendorong kepada tanda-tanda diri anda telah diikuti dan dicintai oleh jin wanita.

Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang itu juga merupakan tanda perkara ini berlaku ke atas diri anda.

Perkara ini akan membuatkan hidup anda berasa tidak tenteram dan sentiasa gelisah.

Mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kira sama ada wanita yang baru anda kenal atau sudah lama merupakan tanda diri anda dicintai oleh jin.

Malah mereka yang telah dicintai oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru mereka jumpa dan perasaan cinta itu akan diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

Dalam pada masa yang sama juga, anda akan selalu didatangi oleh wanita sama ada yang anda kenali atau tidak.

Wanita yang sama atau wanita yang lain juga akan datang pada anda apabila anda mula mahu menutup mata atau pun tengah malam, dalam keadaan anda tidur mahupun terjaga.

Setelah didatangi apa saja kemungkinan dapat terjadi, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

Anda mungkin akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita dan kalau sampai ke tahap di mana kamu dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka itu sangat bahaya.

Mungkin itu adalah mimpi untuk anda tetapi baginya ia adalah satu perkara yang benar-benar berlaku.

Ini akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda dan bermula dari saat itulah jin itu akan terus menjaga anda dengan sangat ketat.

Jika ditakdirkan perhubungan itu terjadinya anak, anda akan selalu diimpikan anak itu.

Jika anda cuba untuk memutuskan hubungan itu, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menjadi gila.

Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin itu akan muncul di hadapan anda dalam bentuk manusia.

Apabila perkara ini berlaku anda akan merasa bahawa anda akan berhubungan dengannya di alam nyata.

Dalam keadaan ini, mangsa juga akan lebih suka untuk menyendiri dan akan dilihat bercakap dengan diri sendiri manakala pada pandangannya ada orang lain yang sedang bercakap dengannya.

Apabila anda bangun pagi anda boleh merasa seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

Seterusnya, apabila anda bangun pagi anda akan merasa bahawa pada malam tadi anda ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda menyedari bahawa anda tidur berseorangan.

Tanda yang berikutnya adalah kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda.

Masyarakat sekeliling juga akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik.

Disamping itu, cahaya kelembutan itu juga akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang anda diamalkan mulai memberi kesan.

Sekiranya perkara ini melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami perasaan marah yang melampau.

Anda juga akan merasa bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi juga antara tanda-tanda anda berada di bawah pengaruh jin wanita.

Orang lain juga akan turut perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda namun apabila anda ingin menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita itu, semua itu tidak kelihatan.

Sekiranya jin yang menyayangi anda adalah jin yang kuat dengan sifat cemburunya, maka anda mungkin akan dihalang dari berkahwin kerana dia mungkin tidak sanggup untuk membahagikan kekasihnya kepada orang lain.

Jika ditakdirkan anda berkahwin, maka jin itu akan cuba sedaya upaya untuk memporak perandakan rumah tangga anda.

Contohnya, anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil dan Ia juga akan cuba sedaya-upaya membuat anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

Dalam pada itu, nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal.

Anda juga akan berasa tidak tenteram dan tidak selalu selamat di mana nafsu anda akan membuak-buak dan perlukan seseorang untuk menemani anda.

Tanda yang terakhir adalah jika anda ditakdirkan mendapat anak, jin wanita tersebut tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

Jadi apa yang boleh disimpulkan daripada keseluruhan cerita ini adalah perkara sebegini tidak akan mungkin berlaku sekiranya anda sentiasa mengamalkan amalan yang baik seperti sentiasa mengamalkan ayat-ayat pendinding dan juga ruqyah.

Dengan cara ini, anda mungkin akan dapat mengelakkan diri anda daripada dicintai oleh jin wanita. Sumber: Lineclear.net, Editor: Amira

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...