Skip to main content

Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut


LOMBOK TIMUR -  Empat sekeluarga maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi ketika berada di sawah berdekatan kediaman mereka.

Keempat-empat mangsa terdiri daripada ayah Amaq Sanah, 60 tahun; ibu Inaq Sanah, 50 tahun; Hikmatullah, 35 tahun; dan Haeriyah, 37 tahun.

Satu demi satu ahli keluarga itu terkorban dalam kejadian menyayat hati yang berlaku di sini pada Isnin kira-kira jam 11.30 pagi, menurut laporan portal kicknews.today.

Difahamkan kejadian itu bermula apabila si ibu Inaq Sanah telah turun ke sawah miliknya bagi mencari siput untuk dijual di pasar.

Namun didapati berlaku kebocoran arus elektrik di kawasan sawah berkenaan lalu menyebabkan Inaq Sanah terkena renjatan elektrik. Ekoran dari itu, mangsa terus rebah dan meninggal dunia.

Manakala seorang saksi kejadian bergegas ke rumah mangsa untuk memberitahu keluarganya.

Setelah itu, anak mangsa Haeriyah bergegas ke tempat kejadian meluru untuk mendekati ibunya, namun dia pula menjadi korban renjatan elektrik.

Apabila melihat kakaknya yang rebah di samping si ibu, seorang lagi anak mangsa Hikmatullah pula turun untuk membantu tetapi dia juga turut menjadi korban.

Kemudiannya bapanya pula menerima nasib yang sama apabila ingin menyelamatkan tiga ahli keluarganya yang rebah terkena renjatan elektrik.

Penduduk yang melihat kejadian itu terus mematikan arus elektrik setelah sedar berlakunya kebocoran di kawasan tersebut.

Kesemua mangsa telah dikejarkan ke pusat kesihatan masyarakat namun gagal diselamatkan.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa kes sedang disiasat. Sumber: Kicknews.today. Editor: Atila Atasha.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut