Nenek Terpaksa Bayar Bil Elektrik RM114 bilion.



NEW YORK - Seorang wanita berusia 58 tahun terkejut selepas dia telah dikenakan caj sebanyak US$28 bilion (RM114 bilion) untuk membayar bil elektrik rumahnya.

Menurutnya, semua barangan elektrik keperluannya di rumah berjalan seperti biasa tanpa masalah namun menjadikan masalah adalah jumlah bil elektrik yang mencecah berbilion dollar.

Wanita yang dikenali sebagai Mary Horomanski, 58,  telah dikenakan caj sebanyak US$28 bilion (RM114 bilion) oleh Penelec, penyedia elektrik di kawasan terbabit.

Kata wanita itu kepada Erie Times-News menjelaskan perasaan terkejutnya apabila melihat bil itu di secara atas talian, "mata saya'tercabut keluar' dari kepala."

"Kami ada memasang lampu krismas dan buat saya tertanya-tanya mungkin puncanya saya pasang lampu-lampu secara salah.

Tulis Horomanski menerusi Facebook dengan nada bergurau, "kalau saya tak salah, ianya mungkin lagi banyak dari hutang negara."

Manakala jurucakap syarikat Penelec bekata bahawa mereka tidak pasti apa yang menyebabkan ralat itu berlaku.

Kata jurucakap Mark Durbin, "saya tidak pernah lihat bil mencecah bilion dollar", sambil menambah, "kami sangat berterima kasih kerana pelanggan itu sangggup menyampaikan masalah terbabit kepada kami." Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha