Skip to main content

Donald Trump Terkejut!!! Lebih 128 Negara Tidak Setuju Baitulmuqaddis Sebagai Ibu Negara Israel.


NEW YORK 22 Dis. – 120 buah Negara tidak menghiraukan ugutan Donald Trump serta mengundi untuk memihak Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBB), Menuntut Presiden Amerika Syarikat (AS) supaya menari tarik balik keputusan beliau mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu Negara Israel.

Trum mengancam untuk menyekat bantuan kewangan terhadap Negara yang memihak resolusi berkenaan, sebanyak 128 negara menyokong resolusi berkenaan yang tidak terikat dengan ancaman sekatan, 9 negara menentang manakala 35 negara memilih untuk berkecuali dan 21 negara tidak mengundi.
  
Washington mendapati negara terbabit bersendirian dalam keputusannya apabila kebanyakan sekutu rapat negara nya dari Barat mahupun negara Arab menyokong resolusi tersebut.
  
Beberapa negara sekutu AS seperti Mesir, Jordan dan Iraq merupakan penerima utama bantuan ekonomi dan ketenteraan Amerika, di sebalik tindakan undian tersebut Washington tidak menyatakan negara mana berdepan dengan pemotongan bantuan tersebut.
  
Seorang jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan undian itu sebagai kemenangan kepada Palestin ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak pengundian berkenaan.
  
Keputusan dan tindakan yang di ambil untuk mengubah kerakter status atau kedudukan demografik Baitulmuqaddis tidak sah dan terbatal melalui keputusan resolusi yang di jalankan.
  
Trump cuba mengubah dasar AS sejak berdekad lalu dengan mengumumkan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis yang merupakan tanah suci bagi penganut Islam, Kristian dan Yahudi sebagai ibu Negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya di situ.
  
Nikki Haley, Duta AS yang hadir ke PBB berkata Amerika Syarikat akan menggigati hari ini yang mana Negara itu diserang di Perhimpunan Agung PBB kerana mengamalkan hak mereka sebagai Negara berdaulat.
  
Perjanjian damai antara Israel dan Palestin menjadi terhalang si sebabkan status Baitulmuqaddis yang tidak di iktiraf kedaulatan penuh milik Israel ke atas seluruh Bandar tersebut oleh masyarakat antarabangsa.
  
Israel menawan Baitulmuqaddis Timur semasa perang 1967 dan Palestin mahukan bandar itu sebagai ibu negara Palestin. – Sumber: Utusan Online Editor: Atila Atasha

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...