Powered by Blogger.

Friday, December 22, 2017

'Api Marak Terlalu Cepat' 50 Buah Rumah Di Jilat Api


SANDAKAN - Lebih kurang 50 buah rumah musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Kampung Sundang, Jalan Batu Sapi.

Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.37 tengah hari, katanya Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, ketika dihubungi.

Katanya lagi, "maklumat lanjut berhubung kejadian itu belum diperoleh namun usaha memadamkan kebakaran sedang dilakukan."

Manakala tinjauan di lokasi kejadian pada jam 3.30 petang tadi mendapati bahawa api sudah terkawal.

Difahamkan, keadaan angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan cepat. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha.