Apa Salah Aku Hingga Pisahkan Aku Dari Isteri Dan Anakku.



Seorang lelaki yang bernama atekasuadiadi atekelya bertindak memuat naik status mengenai kisah isteri dan anaknya yang dipisahkan oleh keluarga mertuanya.

Difahamkan, keluarga mertuanya telah membawa lari isteri dan anaknya yang masih kecil ke Pulau Brunei. Namun sampai sekarang dia masih tidak tahu punca keluarga mertuanya berbuat demikian.

Menurut dia, hal ini bermula apabila dia dan isterinya membuat keputusan untuk bermalam satu atau dua hari di rumah ibu bapa lelaki terbabit kerana difahamkan keluarga lelaki berkenaan belum pernah berjumpa lagi dengan cucunya.

Namun sebaliknya yang terjadi apabila dia tiba-tiba dihalau oleh keluarga mertuanya sehelai sepinggan sahaja tanpa sebab dan menenerangkan apa salahnya.

Tujuan dia berkongsi kisah ini bukan kerana dia ingin memalukan mereka tetapi dia cuma ingin isteri dan anaknya kembali semula ke pangkuannya.

Kisahnya turut menarik perhatian netizen yang turut bersimpati ke atas perkara yang terjadi kepadanya dan ada juga yang memberi kata-kata semangat serta nasihat kepada dirinya, supaya tabah mengharungi ujian yang diberikan.

Berikut luahan hati atekasuadiadi atekelya :

"Adakah mereka patut pisahkan kami bertiga... apa salah ku hingga mereka pisahkan aku dari isteri dan anakku.... sedangkan kami amat menyintai satu sama lain... megapa mereka tak larang dari dulu hubungan ini.. bila kami sudah ada cahaya mata mereka pisahkan kami... sampainya hati mereka... megapa sanggup meryeksa kami begini.... ku amat sayang pada anak bini ku biar seluruh dunia tahu yang aku amat menyintai nya... berilah ku peluang kalau aku ada salah degan mereka.. tapi jaganlah sampai pisahkan kami bertiga anak beranak.... terseksa hidup ku begini bagaikan tak bernyawa.... tuhan tolonglah aku..aku tak sanggup hidup begini... kerana isteri dan anak ku adalah segalanya bagi ku.. ku hanya inginkan kebahagian saja.. harta dan kekayaan tak ku inginkan... cuma cinta dan kasih sayang isteriku dan anak kami berdua(adyleazeyla semanih... anak ku sekarang ini ada di pulau brunei limbang ulu medamet... kembalilah kamu dan mammy kamu marchella senaei ak mumin pada daddy mu asuadiadi... biar kita bina hidup baru... amin.. tolong viralkan kisah hidup ku ini... bukan aku ingin mermalukan mereka.. ku cuma ingin isteri dan anak ku kembali ke pangkuan ku sahaja... tolonglah teman2". Editor: Atila Atasha