Anggota Polis Parah Di Rempuh Pemandu Mabuk

Melaka Tengah – Anggota Polis Trafic, koyak kulit belakang kepala dan patah tulang belikat ketika menjalankan tugas apabila motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh oleh Perodua Myvi di jalan Syed Abdul Aziz pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, ketika kejadian jam lebih kurang 3.00 pagi, anggota trafik berkenaan Sarjan Samsaimi Yusop, 54, yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo sedang menjalankan tugas dalam Ops Mabuk.

"Setibanya di lokasi kejadian, Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 28 tahun, yang datang dari arah Kota Laksamana menuju pusat bandar dikatakan merempuh bahagian belakang motosikal mangsa.

"Difahamkan, sebelum kejadian saksi mengatakan pemandu Perodua Myvi berkenaan dilihat memandu dalam keadaan melulu dan merbahaya," katanya.

“Lelaki berkenaan dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dia kini direman bagi membantu siasatan, tambahnya lagi.

“sampel darah lelaki terbabit telah di ambil, ujian kandungan alkohol dilakukan dan kini masih menunggu laporan.


"Lelaki itu kini direman tiga hari sehingga 27 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya – Sumber: Harian Metro, Editor: Atila Atasha