Skip to main content

Penculik Berbogel Cuba Elak Ditahan Polis.


KANADA - Lima penculik ditahan dalam keadaan berbogel selepas mereka menculik sebuah keluarga susulan satu kemalangan di Laduc County, Kanada.

Menurut laporan mStar Online, dalam satu adegan yang jarang-jarang dilihat, anggota polis dilihat mengiringi kumpulan tersebut di tempat kejadian dalam keadaan kelima-lima mereka 'tiada surat benang'.

Kelima-lima mereka dituduh menculik seorang wanita, bapanya dan seorang bayinya yang baru lahir.

Gambar yang diambil oleh seorang saksi menunjukkan seorang wanita dalam keadaan telanjang dipimpin oleh polis dalam suhu sejuk beku.

Polis berkata, bayi berusia enam minggu dan bapa kepada wanita itu telah diculik dari sebuah rumah di Laduc County sekitar pukul 9.30 pagi dan dipaksa menaiki sebuah BMW.

Difahamkan lelaki tersebut yang disumbat di dalam bonet kereta berjaya melarikan diri ketika kereta sedang bergerak sementara wanita tersebut melarikan diri dengan bayinya.

Menurut pegawai, seseorang yang lalu di situ dengan trak telah membantu mangsa, sebelum suspek yang menaiki BMW putih melanggar belakang trak dan kedua-dua kenderaan akhirnya tersadai di parit.

Polis kemudian menahan seorang lelaki, dua wanita dan dua gadis bawah umur yang semuanya 'tidak berpakaian semasa mereka ditangkap'.

Empat daripada lima suspek yang berbogel dibawa ke hospital dan tiga suspek lagi berdepan pertuduhan menculik dan menghalang penangkapan, kedua-dua gadis bawah umur itu dibebaskan tanpa pendakwaan.

Menurut polis, keluarga yang diculik kenal dengan kumpulan terbabit dan ketiga-tiga mereka tidak cedera. - mStar Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...