Skip to main content

Mahathir Ajak Najib Berdebat Sekali Lagi Di ‘Nothing to Hide 3’


SHAH ALAM -  Selepas 'Nothing to Hide' 1 dan 2, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersemuka di ‘Nothing to Hide 3’.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersemuka dengannya dalam satu debat terbuka.

Menerusi catatan terbaru dalam blognya, bekas perdana menteri itu berharap ‘Nothing to Hide 3’ menjadi plaftorm bagi membolehkan Najib membuktikan segala kritikannya terhadap kerajaan selama ini tidak benar.

Menurut Mahathir, tiada sebab untuknya tidak menyuarakan kritikan terhadap kerajaan terutama berkaitan isu 1MDB, di saat Parlimen sendiri dilarang untuk bertanya soalan tentangnya.

“Media elektronik dan bercetak di Malaysia dikawal kerajaan. Malah Parlimen juga tidak boleh berbincang tentang 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib. Perhimpunan Agung Umno diarahkan untuk tidak membangkitkannya.

“Adakah saya patut berdiam diri ketika ditanya orang asing. Saya sudah bercakap dengan orang asing sepanjang hidup saya. Buktikan apa yang saya katakan palsu. Mari adakan ‘Nothing to Hide 3’,” katanya dipetik dalam blognya, semalam.

Beliau merujuk laporan sebuah portal memetik Najib sebagai berkata, seorang ‘bekas pemimpin’ akan bertemu dengan mana-mana media yang sanggup mendengarnya, agar dapat menyebarkan berita palsu dan memfitnah kerajaan.

Program ‘Nothing to Hide’ julung kali dianjurkan pada 5 Jun 2015 di PWTC. Najib yang diundang menghadiri forum anjuran sebuah NGO, bagaimanapun tidak muncul atas faktor keselamatan. Sebaliknya hanya Mahathir yang berucap.

‘Nothing to Hide 2’ pula dianjurkan sayap pemuda Bersatu pada Ogos lalu, berlangsung tanpa kehadiran Najib, dan berakhir dengan kekacauan.

Walaupun jemputan telah dibuat, Najib tidak hadir. Program tersebut hanya menempatkan Mahathir seorang diri di atas pentas sebagai ahli panel. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...