Skip to main content

FAM Kena Ambil Tindakan Ke Atas Safiq Rahim Kerana Mencarut.


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John berkata, hanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang boleh mengambil tindakan ke atas ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong.

Menurut laporan Berita Harian Online, Datuk Windsor Paul John berkata, sebagai badan pentadbir yang menguruskan hal ehwal bola sepak di Malaysia, isu Safiq itu tertakluk di bawah bidang kuasa FAM di mana insiden berkenaan berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Katanya, AFC sememangnya mendukung semangat Fairplay yang digariskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai garis panduan buat semua pemain yang terbabit dengan sukan paling popular di dunia itu.

"AFC menggunakan Fairplay macam FIFA. Untuk kes mencarut, ia kes domestik yang perlu ditangani pentadbir," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Safiq yang memacu kelabnya menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia Sabtu lalu, menimbulkan kontroversi apabila mencarut di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan pasukan di Stadium Shah Alam itu.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit yang tular di laman sosial, Safiq mengeluarkan kata-kata "P..... kepada semua pengkritik, wa (saya) champion (juara) sekarang" kata Safiq dalam rakaman itu.

Ekoran tindakannya itu, dia menerima kecaman hebat daripada penyokong bola sepak tanah air yang mahu FAM dan pengendali Liga-M, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menghukum tonggak tengah itu seperti mana yang pernah diterima bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney yang digantung dua perlawanan kerana kesalahan mencarut kepada penyokong.

Malah, ada mencadangkan supaya lilitan kapten skuad kebangsaan turut dilucutkan kerana dia menunjukkan contoh yang buruk, selain gagal mengawal emosi dalam keadaan tertekan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...