Skip to main content

Bahaya Bawa Kucing Naik Motor, Umpama Bawa Bayi Tanpa Pengawasan


Video tular penungang motosikal membawa seekor kucing bersiar-siar dengan berpakaian gaun merah jambu dipercayai pemiliknya telah mencuri tumpuan netizen.

Menurut laporan mStar Online, kucing tersebut yang dilihat begitu selesa membonceng motosikal itu seakan-akan tidak takut dengan keadaan sekeliling ketika aksinya dirakam di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun, lokasi sebenar rakaman itu diambil tidak dinyatakan.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi bersahaja kucing tersebut yang langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan masih kekal statik ketika motosikal itu bergerak sebaik lampu isyarat hijau menyala.

Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen pada video berkenaan.

Nazura Zura menulis di Facebook: "Baju cantik, merah jambu lagi. Dia pun comel."

Manakala Norizan Tahir pula berkata: " Comel dan seksinya 'awek' (kucing) itu. Terangkat-angkat skirt."

Namun, timbul persoalan sama ada perbuatan membawa kucing bersiar-siar seperti itu boleh mengancam keselamatan kucing tersebut dan pengguna jalan raya yang lain.

Doktor veterinar di sebuah klinik swasta ibu negara, Cecilia Evelyn Cornelius berkata, walaupun keletah kucing tersebut dianggap comel, namun sebenarnya bukan sahaja membahayakan nyawa kucing terbabit, malahan pengguna jalan raya yang lain.

"Ia umpama membawa budak kecil atau bayi di belakang tanpa sebarang pengawasan atau langkah keselamatan.

"Tidak semua kucing akan jadi statik begitu kerana setiap kucing berbeza. Kalau kucing tersebut sudah dilatih sekalipun, saya tetap tidak menggalakkan tindakan seperti dalam video berkenaan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu

Terdapat juga netizen yang bimbang akan keselamatan kucing tersebut.

Jelas Cecilia Evelyn, manusia tidak boleh menjangka apa yang akan terjadi sekiranya ada perkara yang menakutkan atau menarik perhatian kucing tersebut semasa berada di atas motosikal.

Ini kerana kucing sangat terkenal dengan perasaan ingin tahu dan manusia tidak memahami 100 peratus apa yang difikirkan oleh seekor kucing.

"Saya pernah tonton video seperti ini sebelum ini. Maaf, tapi bagi saya ia seolah-olah perbuatan tidak bertanggungjawab.

"Bagaimana kalau tiba-tiba hari hujan? Adakah kucing itu akan kekal tidak bergerak seperti yang dirakamkan dalam video berkenaan?," ujarnya yang berharap perbuatan seperti itu tidak berulang lagi. - mStar Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...