Anak Monyet Terima Padah Lepas Tiru Lagak Manusia.


Bangkok - Seekor anak monyet telah menerima padah sehingga tidak sedarkan diri selepas anak monyet berkenaan cuba untuk meniru lagak aksi yang dilakukan oleh manusia.

Pada mulanya anak monyet baka 'macaque' tersebut yang dikatakan telah mencuri minuman kopi seorang pelancong sebelum anak monyet berkenaan pengsan kerana dikatakan 'overdos' kafein.

Menurut laporan mStar Online, monyet tersebut yang berkemungkinan sedang dahaga itu dikatakan melompat ke atas motor seorang pelancong di daerah Bang Khun Thien, Bangkok, sebelum meneguk minuman itu sehingga licin.

Kemudian, monyet itu melompat dari motosikal sebelum rebah dan pengsan.

Susulan insiden itu, doktor haiwan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setelah diberi rawatan, anak monyet itu kembali sedar pada pukul 3 pagi keeseokan harinya.

Laman komuniti atas talian, Khon Rak Ling Hua Jai Kraeng yang melaporkan berita itu berkata, monyet itu mungkin mahu meniru lagak manusia yang sering dilihat minum kopi sambil menaiki motosikal.

Setelah dipastikan sembuh sepenuhnya, monyet itu dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Menurut warden haiwan tempatan, monyet baka macaque itu sepatutnya hanya diberi makan buah dan sayur-sayuran sahaja. - mStar Online