Skip to main content

Ada Yang Suruh Saya Bercerai. Saya Sayang Suami Saya Akan Jaga Dia Sepanjang Hayat Saya.


MELAKA - Penyakit yang dihidapi suami menyebabkan saya terus cekal meneruskan kehidupan dan menjaga keperluan harian suaminya yang tidak mampu menguruskan diri akibat penyakit yang dihidapi.

Menurut laporan Harian Metro yang menemu bual Nurr Hidayah Hassan, 29, isteri kepada Hamdan Hashim, 30, yang menderita penyakit Johnson Steven Syndrom sejak awal tahun ini.

"DOKTOR beritahu suami tidak boleh sihat seperti dulu, matanya sekarang sudah tidak nampak lagi. Dia hanya boleh mendengar," kata

Menurut Nurr Hidayah, semuanya bermula ketika suaminya bekerja di stor kilang pakaian di Melaka.

"Pada asalnya selepas bekerja di stor kilang pakaian, suami saya sakit mata dan ke klinik untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi ubat mata dan pil bagi meredakan sakit di mata suami saya.

"Bagaimanapun, kurang dari 24 jam mata dan mulut suami bengkak sebelum saya bawa dia ke Hospital Melaka bagi mendapat rawatan," katanya yang kini hanya bekerja sambilan dalam talian bagi meraih pendapatan.

Nurr Hidayah berkata, penyakit suaminya semakin serius selepas doktor memberikan antibiotik kerana mendakwa suaminya sakitcacar air.

"Selepas makan antibiotik dia semakin teruk kerana kulit bertukar seperti melecur dan berdarah.

"Dia (suami) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sebulan. Sedih saya lihat keadaannya ketika itu namun sebagai isteri saya perlu kuat,"katanya yang ketika ini menumpang teduh di rumah neneknya di Kampung Morten, Melaka.

Menurutnya, suaminya kini tidak dapat bekerja berikutan doktor mengesahkan menghidap penyakit Johnson Steven Syndrom hingga mengakibatkan penglihatan suaminya tidak jelas.

"Mata kanan suami tidak dapat diselamatkan kerana sudah ada selaput yang menghalang dan dia tidak nampak.

"Namun doktor cuba untuk memulihkan mata kiri yang kabur. Kerana tidak dapat melihat, suami hanya akan mendengar radio sepanjang hari dan saya menemaninya serta membantu untuk menguruskan dirinya," katanya.

Menurut Nurr Hidayah, ada komen negatif netizen yang diterimanya selepas gambar suaminya tular di Facebook (FB) sejak semalam.

"Ada yang suruh saya bercerai dan sebagainya. Saya sayang suami saya dan akan jaga dia sepanjang hayat saya.

"Susah senang saya mahu bersamanya dan akan sedaya upaya mencari jalan untuk dia pulih," katanya yang berkahwin dengan Hamda sejak tiga tahun lalu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun Maybank Hamdan Bin Hashim, 1040 6829 6200. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...