Penyampai Radio Wanita Ditikam Di Leher.


MOSCOW - Sorang wanita yang merupakan penyampai radio di Rusia cedera parah selepas ditikam di leher dalam satu kejadian di sini, hari ini.

Penyampai radio yang dikenali sebagai Tatyana Felgengauer cedera parah ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumahnya.

Menurut laporan Utusan Online, Tatyana Felgengauer kini dimasukkan ke sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, polis menahan seorang suspek dan pihak berkuasa menyatakan motif serangan mungkin berpunca akibat dendam. - Utusan Online