Skip to main content

Lelaki Parah Dibelasah Sekumpulan Remaja.


BUTTERWORTH - Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan remaja lelaki bersenjatakan batang kayu dan besi di sebuah restoran di Raja Uda, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun mengalami kecederaan pada kepala dan badan selepas diserang lebih 10 remaja lelaki ketika sedang minum di restoran itu.

"Mangsa mendakwa tidak mengenali mereka yang menyerangnya dan selepas dipukul dia sempat menghubungi ibunya memaklumkan kejadian itu sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun di Mak Mandin, kira-kira 12.30 tengah malam tadi dan memburu dua rakannya yang telah dikenal pasti identiti mereka.

"Remaja itu mengaku terlibat dalam kejadian itu dan polis sedang kenal pasti tujuh lagi suspek yang turut terlibat dalam pergaduhan itu. Dia direman tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noorzainy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun selepas menerima laporan dia sering membuang bungkusan berisi najis dan air kencingnya ke kawasan parkir kereta penduduk Jalan Tunku Putra, Telok Air Tawar, di sini semalam.

Beliau berkata lelaki itu ditahan kira-kira 3.40 petang semalam selepas menerima beberapa laporan polis daripada penduduk di situ yang sudah tidak tahan apabila kawasan parkir di rumah mereka sering dibaling dengan najis dan air kencing sehingga terkena pada kereta.

Selain itu, beliau meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kenderaan dipandu melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth pada 3.30 pagi ini, tampil bagi membantu siasatan.

Katanya dalam kejadian itu Toyota Unser berwarna emas dirakam dipandu secara melawan arus dari tol arah Bagan Ajam menghala ke kawasan jeti feri dan polis sedang mengesan pemandu kereta itu kerana tindakannya membahayakan pengguna jalan lain.

Kejadian dirakam oleh seorang penunggang motosikal yang turut mengambil nombor pendaftaran kenderaan berkenaan. - Bernama

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...