Skip to main content

Dua Penyangak Menyamar Sebagai Polis Samun Dua Penyamun.


KAJANG - Dua lelaki terima padah kerana menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut dua suspek kes samun kedai aksesori telefon bimbit di Jalan Reko Sentral, Kajang

Menurut laporan Harian Metro, penyangak jumpa penyamun. Itu yang boleh disimpulkan mengenai kejadian ugut dan samun di Jalan Citra 3, Kajang utama, Kajang, 16 Oktober lalu.

Pada mulanya, wanita yang juga pekerja kedai aksesori telefon bimbit di Jalan Reko Sentral, Kajang disamun dua lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong daging di premis berkenaan pada 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian itu, dua suspek berusia 20-an melarikan wang tunai berjumlah RM632 dan telefon bimbit.

"Wanita itu tularkan gambar suspek yang diambil menerusi CCTV (rakaman kamera litar tertutup) sebelum abang angkatnya iaitu dua lelaki tempatan 'memburu' suspek.

"Abang angkat mangsa menyamar sebagai anggota polis sebelum memeras ugut dan menyamun wang tunai berjumlah RM500 daripada dua suspek berkenaan pada 16 Oktober lalu," katanya.

Menurutnya, dua suspek yang menyamar polis itu ditahan pada hari sama di sekitar kawasan Kajang.

“Turut dirampas daripada mereka, gari dan kunci gari. Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan direman sehingga 27 Oktober ini," katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, seorang daripada suspek samun kedai aksesori itu sudah ditahan pada 16 Oktober dan direman sehingga 26 Oktober.

"Seorang lagi suspek samun kedai aksesori itu masih bebas dan polis giat memburunya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.- Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut