6 Gambar Anak Jutawan Rempuh 6 Orang Pejalan Kaki Hingga Maut

KHARKIV - UKRAINE: Seorang wanita yang dikenali sebagai Elena Zaitseva merupakan anak kandung jutawan minyak telah ditahan polis.

Menurut laporan Sinar Harian, Elena Zaitseva ditahan polis selepas memandu laju dan merempuh orang awam, mengakibatkan enam maut.

Menurut laporan Telegraph, wanita berusia 20 tahun itu melanggar sebuah kereta jenis Volkswagen Tourag sebelum merempuh sekumpulan pejalan kaki.

Kejadian pada malam Rabu lalu itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan seorang saksi memuat naik rakaman suspek memandu laju di laman sosial.

Tiga dari enam mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Oleksandr Evteev, 27, Nina Kobiseva, 28, dan Olena Umaeva.

Seorang mangsa berusia 30 tahun yang hamil kini dilaporkan dalam keadaan koma dan dirawat di sebuah hospital.

Media tempatan mengatakan Elena merupakan anak kepada hartawan dan jutawan minyak, Vasily Zaitsev dan dia memandu kenderaan mewah jenis Lexus ketika kejadian.

Sementara itu, seorang Ahli Parlimen, Anton Gereshchenko mengatakan mahkamah belum membuat keputusan untuk membebaskan Elena dengan jaminan sebelum dibicarakan.

Anton juga mengatakan siasatan bagaimana suspek memperoleh lesen juga akan dijalankan.