Skip to main content

Jov Revfa Mohon Pembubaran Nikah Di Mahkamah.

Foto Berita Harian Online
Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Jov Revfa isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun  telah memfailkan faraq atau pembubaran pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Menurut Laporan Astro AWANI, susulan tindakan suaminya mempertikaikan status pernikahan mereka, Jov Revfa memfailkan faraq atau pembubaran pernikahan.

Jov Revfa menjelaskan, tindakan itu dibuat demi menuntut keadilan dan mahu membuktikan bahawa tiada isu yang memungkinkan pernikahan mereka tidak sah.

Joy memberitahu, Hafiz membuat dakwaan itu dengan alasan ada isu pada perceraiannya dengan bekas suami sebelum ini.

"Saya mahu mempertahankan hak dan kemaslahatan saya sebagai wanita, dan membuktikan perkahwinan kami sah di sisi agama dan undang-undang.

"Selepas berkahwin pada 1 Mei lalu,  hanya enam hari sahaja Hafiz tinggal di rumah saya. Selama itu, dia seorang suami yang penyayang dan kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti pasangan lain.

"Tetapi pada 23 Mei, dia tiba-tiba sahaja datang berjumpa saya dan membuat dakwaan meragui status perceraian saya dengan bekas suami.

"Selepas itu dia mula mengabaikan saya. Sebagai isteri saya sangat sedih," kata Joy dalam sidang media di mahkamah pagi ini yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Harian Metro.

Dalam tempoh hampir tiga bulan, kata Joy, dia sudah cuba sedaya upaya untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian, namun tindakan Hafiz yang tidak mengendahkan dirinya menyukarkan usaha itu.

"Dia seolah-olah tak mahu mengaku lagi saya isterinya sedangkan saya sampai ke hari ini masih anggap dia suami saya," katanya.

Tambah Joy, tindakan memohon pembubaran ini dibuat sebagai usaha untuk meredakan semua isu berbangkit dan mencari jalan penyelesaian.

Permohonan pembubaran dibuat mengikut Seksyen 61(3)(b)(1) dan Seksyen 62(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Kes akan disebut semula pada 14 September ini.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...