Pempengaruh dan aktivis isu Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim, dipanggil polis untuk siasatan kes menghalang tugas bailiff (pegawai mahkamah yang menyampaikan writ dan saman) yang diarahkan mengosongkan kediaman penduduk kampung berkenaan. Menurut Rafidah, dia dipanggil oleh pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bagi dirakam keterangan. Bagaimanapun, katanya, dia tidak pasti siasatan itu dijalankan di bawah undang-undang apa. "Pada 16 Julai lalu bailiff telah dihantar ke Kampung Sungai Baru, di mana saya dikatakan menghalang tugas mahkamah... cumanya ambil masa lah (dia dipanggil), kejadian berlaku tengah bulan tujuh, hujung bulan lapan baru dipanggil. "(Siasatan) di bawah siasatan jenayah, yang dipanggil saya dan (Pengerusi Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai), Zainab Alias," katanya ketika ditemui media di hadapan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini. Dakwaan pemaju ugut Rafidah menjelaskan Zainab tidak ...
Presiden Donald Trump berkata tentera Amerika Syarikat telah menyerang tiga lokasi di Iran, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Tehran, menurut laporan media antarabangsa. “Kami telah melancarkan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” kata Trump dalam satu hantaran di media sosial. “Semua pesawat kini berada di luar ruang udara Iran. Bom telah digugurkan ke atas lokasi utama, iaitu Fordow. Semua pesawat dalam perjalanan pulang dengan selamat,” tambahnya. Dalam hantaran susulan, Trump menyifatkan tindakan itu sebagai “detik bersejarah buat Amerika Syarikat, Israel dan dunia”. “Iran kini mesti bersetuju untuk menamatkan perang ini. Terima kasih,” katanya lagi. Trump turut mengucapkan tahniah kepada “wira-wira hebat Amerika”, sambil menambah bahawa tiada angkatan tentera lain di dunia yang mampu berbuat demikian. “Sekarang adalah masa untuk keamanan! Terima kasih kerana memberi perhatian terhadap perkara ini,” ...