Skip to main content

Posts

Penipuan Tanah Rizab Melayu, MHO, PAKIN Cadangkan SPRM Mohon Segera Dilucut Hak

Putrajaya:  Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN)  mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya Tanah Rizab Melayu (TRM) seluas 649.2 hektar yang dipertikaikan di Sitiawan, Perak dilucutkan hak dan dilupuskan kepada kerajaan Persekutuan. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ini disebabkan berdasarkan maklumat diterima pihaknya, status tanah itu masih belum lagi dikembalikan, sebaliknya hanya dilakukan kaveat pendaftar. "Kita sebenarnya mempertikaikan keputusan hanya memasukkan kaveat pendaftar kerana hasil daripada tanah itu masih diguna pakai oleh bukan Melayu yang memegang TRM secara salah. "Seharusnya diikuti satu tindakan untuk melupuskan, melucutkan hak tanah 649.2 hektar ini dan dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan. "Ini kerana perkara ini adalah salah satu undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan H...

Ibu Tunggal Tidak Pernah Mengeluh Malah Terus Cekal Jaga Anak OKU

Kota Bharu: Seorang ibu tunggal dari Kampung Seri Paduka, Binjai, di sini, kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas berpisah dengan bekas suaminya sejak setahun lalu selain turut menjaga anak orang kurang upaya (OKU) dalam serba kedaifan. Nik Shaheera Nik Mat, 32, tidak pernah mengeluh malah terus cekal menjaga anak bongsu daripada dua beradik, Nur Qamra Balqis Mohd Khairul Al Hafiz, 9, yang dikategorikan sebagai OKU masalah pembelajaran. Katanya, dia kini bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM50 sehari untuk menyara kehidupan seharian selain perbelanjaan anak sulungnya, Nur Qaisara Batrisya, 10, yang masih bersekolah. "Pendapatan yang diperoleh tidak menentu disebabkan kerap meminta cuti berikutan keadaan Nur Qamra Balqis yang sukar ditinggalkan. "Namun saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bekerja, tetapi mujurlah majikan memahami situasi saya yang menjaga anak istimewa," katanya ketika ditemui di Kampung Seri Paduka, Binjai. Katany...

Pegawai Kanan Polis Bersama Empat Anggota, Didakwa Rompak Wanita Warga China

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China, membabitkan wang tunai RM140,000 di sebuah apartment, bulan lepas. Kelima-lima mereka, Asisten Superintenden Mohd Faizol Ismail, 41, dan empat anggota berpangkat korperal iaitu Khairil Annuar Sulaiman, 39, Mohd Zaidi Jamaludin, 35, Mohd Adrafil Adlan Roslan, 28, dan Ahmad Rohafiz Abdul Rani, 39, didakwa melakukan rompak berkumpulan ke atas wang tunai berjumlah RM140,000 milik Zhang Chenxuan berusia 20-an di sebuah unit apartment di Jalan Tun Razak, Wangsa Maju di sini pada 5.30 petang, 6 April. Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh, berserta syarat tambahan pasport kesemua tertuduh perlu diserahkan...

Budak 5 Tahun Nodai Adik Kembar, Kerana Kerap Menyaksikan Ibu Lakukan Hubungan Dengan Teman Lelaki

Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kes yang berlaku di salah sebuah negeri beberapa tahun lalu itu sekali gus mengubah kehidupan kanak-kanak lelaki terbabit menjadi seorang yang ketagih untuk melakukan hubungan seksual. "Peristiwa ini terbongkar apabila mangsa yang merupakan adik kembar kepada pelaku mengadu kepada ibu angkatnya selepas mengalami kesakitan di bahagian sulit. "Siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan abang mangsa kerana ketagihan untuk melakukan hubungan seks akibat kerap menyaksikan ibunya melakukan hubungan terbabit bersama seorang lelaki di rumah mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika penerangan berkaitan jenayah seksual dalam sesi dialog bersama masyarak...

Mak Nyah Jadi Mangsa Doktor Palsu

Seorang lelaki berperwatakan wanita terpaksa menahan sakit selama dua tahun selepas pembedahan membesarkan payudara tidak menjadi seperti yang diharapkan. Ini selepas, semakan mendapati doktor yang diupah sebanyak RM23,400 adalah palsu yang tidak mendapat tauliah daripada pihak berkaitan. Mangsa, Alice Loo berkata, dia menjalani pembedahan ‘asetnya’ itu di sebuah klinik estetik di ibu negara, kira-kira dua tahun lalu. Dia menghabiskan wang sebanyak RM23,400 bagi mendapatkan saiz payudara impiannya selepas melihat promosi di laman Facebook. Disebabkan terlalu percaya dengan hantaran yang dibuat oleh klinik tersebut, Alice menjalani pembedahan, namun selepas beberapa bulan dia mengalami kesakitan pada bahagian payudaranya. “Doktor yang terlibat dalam prosedur pembedahan itu menyuruh saya melakukan pengimejan resonans magnet (MRI) di sebuah hospital di Ara Damansara, Petaling Jaya, namun saya dimaklumkan terdapat komplikasi kesan pembedahan tersebut. “Disebabkan rasa terlalu sakit, saya k...

3 Gambar: Ibu, Ayah Buang Anak Dalam Lubuk Buaya

BENGALURU - Pasangan suami isteri ditahan selepas didakwa membunuh anak lelaki mereka berusia 6 tahun dengan membuang mangsa ke dalam terusan yang dipenuhi buaya. Kejadian dilaporkan berlaku minggu lalu pada Sabtu malam di Uttara Kannada, di negeri Karnataka, India. Menurut polis tempatan, kedua-dua suspek, Savitri Kumar dan suaminya Ravi Kumar, ditangkap atas tuduhan membunuh selepas sebahagian mayat anak mereka yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemukan keesokan harinya. Mangsa yang dikenal pasti sebagai Vinod disahkan mengalami masalah pendengaran dan pertuturan, lapor media tempatan. Menurut polis, ketika kejadian, berlaku pertengkaran di antara kedua-dua suspek di mana Ravi didakwa menyalahkan isterinya Savitri kerana melahirkan anak kurang upaya. Tertekan dengan asakan suaminya, Savitri kemudian dipercayai terus membuang anaknya Vinod ke dalam terusan. Jiran yang melihat kejadian terus memaklumkan perkara itu kepada polis. Pencarian awal dilakukan sebelum dihentikan pada malam ...

Ibu Racun Anak Tiri Kopi Campur Racun Tikus

RIAU - Seorang wanita tergamak memberi minum kopi mengandungi racun tikus kepada anak tirinya sebagai membalas dendam terhadap suaminya yang enggan pulang ke kampung semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, lapor Detik.com Kejadian berlaku di Jalan Dusun Siluang, IIi, Rokan Hilir di Riau, Indonesia pada Ahad lalu. Akibat perbuatan itu, anak tirinya yang berusia 11 tahun dilihat mengelupur atas lantai selepas meminum kopi tersebut. Ketua Polis Daerah Rohil, Andrian Pramudianto berkata, tertuduh dikenali sebagai Riwanti menghubungi suaminya, Masmin dengan menyuruhnya pulang ke rumah selepas anak lelakinya mengalami penyakit sawan sambil memuntahkan air kopi. "Setibanya di lokasi kejadian, Masmin bertanya kepada isterinya yang kemudian menjelaskan mangsa kemungkinan keracunan selepas minum kopi dalam botol pemberian ibunya. "Bapa mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Ibu di Baganbatu, Rokan Hilir, untuk mendapatkan pertolongan cemas," kata Andrian sambil me...