Skip to main content

Posts

Ini Yang Anda Perlu Lakukan Berpuasa Di Waktu PKP

Ramadan tahun ini keadaan tentunya amat berbeza bagi umat Islam di negara ini berpuasa ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Susulan itu, pelbagai reaksi orang ramai termasuk warganet yang menyuarakan pendapat berkenaan hikmah dan nikmat menyambut Ramadan ketika PKP dilaksanakan. Matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh segala kebaikan yang lain. Antara kebaikan itu ialah meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi. 4.00 PAGI 1. Bangun tidur dan baca doa. 2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini. 3. Mandi dan membersihkan diri. 4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian. 4.30 PAGI 1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat. ...

Terlupa Tutup Kamera Dan Mikrofon Punca Wanita Ini Masuk Kelas Online

GOMBAK - Seorang gadis yang sedang mengikuti kelas dalam talian kantoi menumbuk bawang dengan lesung dipercayai sedang membantu ibunya memasak. Perkara itu dikongsi rakannya, Nurul Yasmin Yusman menerusi ciapan di laman Twitternya yang memaparkan gadis berkenaan iaitu Amira terlupa menutup kamera dan mikrofon komputer riba semasa kelas dalam talian sedang berlangsung. Keadaan itu bukan sahaja mencuit hati netizen, malah Nurul Yasmin Yusman turut memberitahu semua rakan kelas dan pensyarahnya juga tidak memarahi Amira, sebaliknya terhibur dengannya. “Masa dia tengah menumbuk tu dia tidak perasan dirinya telah menyertai kelas atas talian, semua orang nampak apa dia buat,” kata Yasmin kepada Sinar Harian. Yasmin juga berkata, semua rakan kelas dan pensyarahnya tidak memarahi Amira memandangkan dia tidak sengaja, malah mereka terhibur dengannya. “Kelas saya ada 20 orang pelajar sahaja dan kami memang rapat. Waktu itu kami dalam kelas 'Intro to World Cultures',” tambah...

Tolong Jaga Mak Dan Abah Ya." Pesanan Terakhir Arwah Sebelum Meninggal 😭😭

MUAR: "Tolong jaga emak dan abah ya." Itu pesanan terakhir seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19, tengah malam tadi. Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF itu meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang. Adiknya, Nabiha, 26, berkata pesanan terakhir kakak sulungnya itu disampaikan menerusi telefon sehari selepas dimasukkan ke ICU pada 7 April lalu. Katanya, Allahyarham ketika itu menelefon ibu mereka, Rodiah Mohd Don, 57, bagi memaklumkan keadaannya kerana perlu dirawat di ICU namun berikutan mereka sekeluarga berada dalam kenderaan kerana baru selesai melakukan saringan COVID-19 menyebabkan suara kakaknya itu tidak didengari ibunya. "Ibu menyerahkan semula telefon kepada saya sebelum kakak berpesan supaya sentiasa jaga emak dan ayah. Kakak berkata selepas ...

Bung Moktar Terkilan Tidak Dilantik Dalam Kabinet Dan GLC

Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam parti di negeri itu terhadap kerajaan persekutuan berikutan tidak mendapat tempat dalam barisan kabinet. "Umno Sabah sehingga hari ini masih stabil. Walaupun ada orang kata ada sedikit gelombang sejak penubuhan PN (Perikatan Nasional). "Sebab gelombang ini wujud kerana pemimpin-pemimpin Umno di Sabah rasa terkilan apabila tidak seorang pun di kalangan dua wakil rakyat terpilih dalam barisan kabinet kerajaan PN. "Demikian juga GLC (syarikat berkaitan kerajaan), Umno Sabah tercicir. Ada di antara pemimpin kita marah dengan PM," katanya dalam wawancara khas anjuran Penerangan Umno Malaysia malam ini. Program yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook itu dikendalikan oleh Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator. Menurut Bung, beliau akan berjumpa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menjelaskan pendirian Sabah yang melihat berlaku ketidakadilan dalam agihan jawa...

China Digesa Tutup Pasar Jual Haiwan Liar

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan liar di negara itu kerana ada kaitan dengan penyebaran penyakit zoonotik. Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha AS, Mike Pompeo, semalam. "Bersandarkan kaitan kuat antara penjualan haram haiwan liar di pasar basah dan penyakit zoonotik, AS meminta China menutup terus pasar basah haiwan liar dan semua pasar yang menjual haiwan liar secara haram," katanya. Wabak coronavirus baharu dipercayai berasal dari pasar berkenaan yang terletak di tengah bandar Wuhan pada tahun lalu. Kesannya, wabak itu menular ke seluruh dunia sehingga menjadi pandemik dan mengorbankan lebih 180,000 orang, selain menjangkiti lebih 2.6 juta orang, berdasarkan pengiraan dilakukan Agensi.- Berita Harian Online

Tujuh Haiwan Di Zoo,Dilaporkan Positif COVID-19 Pada Rabu

NEW YRK: Tujuh lagi haiwan di Bronx Zoo, New York dilaporkan positif COVID-19 pada Rabu. Empat harimau dan tiga singa Afrika di zoo tersebut mula menunjukkan simptom jangkitan sejak awal April, lapor News York Post. Ujian ke atas kesemua haiwan berkenaan mengesahkan ia memang dijangkiti virus tersebut. Laporan ini menyusul berita seekor harimau Malaya bernama Nadia yang terlebih dahulu dijangkiti koronavirus itu awal bulan ini. Nadia yang dikesan mengalami simptom batuk dan kurang selera makan dipercayai kes haiwan pertama yang jatuh sakit akibat dijangkiti koronavirus daripada manusia. Menurut Wildlife Conservation Society yang menguruskan zoo tersebut, ini menjadikan jumlah haiwan daripada keluarga kucing disitu yang dijangkiti kepada lapan ekor. Tambahnya, kelapan-lapan haiwan itu berada dalam keadaan normal dan tidak menghadapi masalah makan. Haiwan-haiwan itu dipercayai dijangkiti pekerja zoo, namun tidak diketahui bagaimana jangkitan itu berlaku. Selain Bronx Z...

Suami Isteri Ditahan Terlibat Kes Penipuan Sumbangan Bantuan

LANGKAWI - Polis menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam kes penipuan kutipan sumbangan Covid-19 yang kononnya untuk disalurkan kepada penduduk Bukit Malut di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata pasangan yang berasal dari Selangor itu telah mengambil maklumat beberapa orang penduduk serta membuat hantaran di Facebook pada Selasa memohon sumbangan kononnya untuk 100 penduduk di Bukit Malut yang memerlukan bantuan. Beliau berkata polis kemudiannya menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi memaklumkan mengenai pasangan suami isteri berusia 33 dan 27 tahun itu dikesan membuat kutipan tanpa melalui jabatan itu. "Hasil laporan oleh JKM Langkawi itu, polis telah menahan pasangan suami isteri tersebut pada 1.13 tengah hari di Bukit Malut. Mereka juga mengaku telah menerima sumbangan namun masih belum menyampaikan sumbangan tersebut kepada penduduk di Bukit Malut dan Taman Nilam. ...