Powered by Blogger.

Wednesday, April 22, 2020

China Digesa Tutup Pasar Jual Haiwan Liar


Seperti Di Wuhan, Pasar Di Indonesia Juga Menjual Haiwan Eksotik ...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan liar di negara itu kerana ada kaitan dengan penyebaran penyakit zoonotik.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha AS, Mike Pompeo, semalam.

"Bersandarkan kaitan kuat antara penjualan haram haiwan liar di pasar basah dan penyakit zoonotik, AS meminta China menutup terus pasar basah haiwan liar dan semua pasar yang menjual haiwan liar secara haram," katanya.

Wabak coronavirus baharu dipercayai berasal dari pasar berkenaan yang terletak di tengah bandar Wuhan pada tahun lalu.

Kesannya, wabak itu menular ke seluruh dunia sehingga menjadi pandemik dan mengorbankan lebih 180,000 orang, selain menjangkiti lebih 2.6 juta orang, berdasarkan pengiraan dilakukan Agensi.- Berita Harian Online