Skip to main content

Tujuh Haiwan Di Zoo,Dilaporkan Positif COVID-19 Pada Rabu

Selepas Nadia, 7 lagi haiwan di Bronx Zoo positif COVID-19
NEW YRK: Tujuh lagi haiwan di Bronx Zoo, New York dilaporkan positif COVID-19 pada Rabu.
Empat harimau dan tiga singa Afrika di zoo tersebut mula menunjukkan simptom jangkitan sejak awal April, lapor News York Post.

Ujian ke atas kesemua haiwan berkenaan mengesahkan ia memang dijangkiti virus tersebut.

Laporan ini menyusul berita seekor harimau Malaya bernama Nadia yang terlebih dahulu dijangkiti koronavirus itu awal bulan ini.

Nadia yang dikesan mengalami simptom batuk dan kurang selera makan dipercayai kes haiwan pertama yang jatuh sakit akibat dijangkiti koronavirus daripada manusia.

Menurut Wildlife Conservation Society yang menguruskan zoo tersebut, ini menjadikan jumlah haiwan daripada keluarga kucing disitu yang dijangkiti kepada lapan ekor.

Tambahnya, kelapan-lapan haiwan itu berada dalam keadaan normal dan tidak menghadapi masalah makan.

Haiwan-haiwan itu dipercayai dijangkiti pekerja zoo, namun tidak diketahui bagaimana jangkitan itu berlaku.

Selain Bronx Zoo, langkah pencegahan sedang dijalankan ke atas semua zoo di bawah kendalian Wildlife Conservation Society di New York termasuk Central Park Zoo di Manhattan, Prospect Park Zoo di Brooklyn dan Queens Zoo.

Kesemua zoo tersebut ditutup sejak 16 Mac. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...