Skip to main content

Posts

Apa Masalahnya Letak Nama Anak Muhammad Bossku?

BARU-BARU ini kecoh apabila sijil kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama 'Muhammad Bossku' tular di media sosial. Gambar sijil pendaftaran itu dimuat naik Dean Ahmad di Facebook miliknya Jumaat lalu, dengan keterangan gambar; "Wife (isteri) aku marah letak nama ni... apa masalahnya?" Hantaran itu menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai mempersendakan nama seorang anak dan ada juga yang meneka gambar tersebut disunting semata-mata. Sementara itu, Dean yang juga selebriti media sosial ketika menjelaskan perkara itu berkata, dia memuat naik gambar berkenaan di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran anak keduanya yang lahir 12 Januari lalu. Sebelum ini, dia telah mencadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk bayi lelaki mereka, namun ia dibantah. "Selalunya memang saya yang berikan nama anak, sama seperti anak pertama dulu. "Masa itu di sana dan sini orang sebut 'Bossku' sebab tengah jadi trend. Ja...

Media Indonesia Guna Gambar Baby Shima Isu Skandal Pelacuran Artis

Ketika dunia hiburan Indonesia heboh dengan skandal pelacuran membabitkan selebritinya, tiba-tiba Baby Shima terkesima. Puncanya, salah satu gambar selebriti yang didakwa terbabit dalam rangkaian pelacuran itu memaparkan wajahnya. Justeru tidak hairan apabila peserta siri realiti D’Academy Asia dan Big Stage itu terkejut dan marah. Kata Baby Shima dia hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan sebuah syarikat rakaman di Indonesia, Nagaswara awal pagi semalam. “Saya terkejut dan berasa marah sewaktu diberitahu oleh pihak pengurusan berhubung perkara yang berlaku," katanya kepada Malaysiakini menerusi panggilan dari Jakarta, Indonesia tengah hari tadi. Skandal terbabit melibatkan penyanyi, pelakon atau model di Indonesia itu terbongkar dengan penangkapan Vanessa Angel yang dicekup ketika dia berada di ranjang hotel pada 5 Jan lalu. Siasatan polis mendapati kegiatan yang berurusan secara dalam talian itu turut melibatkan hampir 50 artis lain dan 100 mode...

Ditemui Maut Dalam Keadaan Bogel Di Taman Universiti

SERI KEMBANGAN: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan bogel di rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Taman Universiti, di sini, kira-kira 5 petang tadi. Difahamkan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Jamilah Mat Shaari, 33, ditemui di atas katil dalam sebuah bilik di rumah berkenaan. Adik ipar mangsa, Suridah Sadrum, 34, berkata berdasarkan keadaan mangsa, dia percaya Jamilah disamun sebelum dibunuh. Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di blok rumah sewanya mendapati Jamilah balik ke rumahnya kira-kira 12 tengah hari tadi. "Jamilah bekerja sebagai pembantu rumah sambilan di sekitar kawasan ini...dan biasanya dia akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari serta solat sebelum kembali menjalankan tugasnya. "Tetapi ketika salah seorang adik ipar kami yang tinggal bersamanya pulang daripada kerja, dia mendapati keadaan rumah bersepah dan beberapa barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit, duit serta bara...

Ini Penjelasan Cita Citata Tidak Berhijab Selepas Pulang Dari Umrah

Penyanyi yang popular dengan lagu Sakitnya Tuh Disini, Cita Citata mengakui mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak terus istiqamah berhijab selepas menunaikan ibadah umrah pada awal tahun lalu. Menurut laporan Liputan6.com, Cita Citata menjelaskan harus kekalkan dirinya dengan imej tidak berhijab memandangkan dia merupakan seorang penyanyi dangdut. "Disana saya melihat ramai yang berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk mendapat pahala. "Bagi saya berhijab merupakan kewajipan bagi setiap orang wanita Islam, tapi sebagai penyanyi dangdut imej itu tidak sesuai dengan saya yang sering berjoget. "Jadi jika saya ingin berhijab biarlah saya menjaga segalanya daripada segi pakaian dan perbuatan saya supaya ia sesuai dengan imej muslimah. "Saya akan berhijab apabila tidak lagi menjadi penyanyi dangdut serta semua hutang kereta dan rumah baru saya selesai dibayar nanti," katanya.  

Tangan Dan Perut Wanita Ini Hilang Dibaham Buaya Peliharaan

SULAWESI: Seorang saintis wanita dilapor maut selepas dibaham oleh seekor buaya peliharaan di kediamannya di Sulawesi Indonesia. Deasy Tuwo, ketua sebuah makmal menternak mutiara, di Minahasa, Utara Sulawesi, dipercayai diterkam oleh buaya sepanjang 14 kaki itu (4.4 meter) pada Khamis lalu , kata pihak berkuasa. Menurut jurucakap sebuah agensi pemuliharaan, Hendrik Rundengan, tubuh wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan parah oleh rakan setugasnya pada pagi keesokan harinya. “Kelihatannya seperti mangsa terjatuh ke dalam kolam buaya,” katanya yang memaklumkan punca sebenar kejadian sedang disiasat oleh pihak polis.   Buaya bernama Merry itu, dikatakan telah membaham sebelah tangan wanita itu dengan bahagian perutnya turut hilang, kata Rundengan lagi. Ia dipercayai masih berada dalam tubuh buaya itu. Buaya besar itu kemudiannya ditenangkan dengan ubat pelali dan dibawa keluar dari kawasan peliharaannya.   Indonesia sememangya tidak asing dengan kehadiran buaya ...

Masukkan Kucing Dalam Mesin Pengering, Lelaki Ini Terima Padah

SELAYANG: Seorang pemandu teksi yang viral dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menangkap dan memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering sehingga mati dalam keadaan berdarah, dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Hakim Rasyihah Ghazali, menjatuhkan hukuman itu terhadap A Mohanraj, 42, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 14 September tahun lalu. Berdasarkan kertas pertuduhan, Moharaj didakwa dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gombak Ria, di sini, jam 12.54 tengah malam hingga 1 pagi, pada 16 September tahun lalu. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Ke...

Aishah Teruk Diganggu Makhluk Halus

Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Aishah memaklumkan dirinya diganggu makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di negara jiran. Pemergian Aishah ke ibu kota negara jiran berkenaan baru-baru ini dengan ditemani suaminya, dikatakan diganggu dengan perbuatan-perbuatan pelik oleh makhluk yang pastinya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Memetik hantaran Aishan di media sosial Instagram (IG) miliknya, Aishah menceritakan, bagaimanakah beliau diganggu ketika bermalam di bilik hotel berkenaan. Memetik titipan hantaran Aishah di IGnya, "aduuuh dia 'main' campak-campak barang pulak dalam bilik air. Tutup-tutup pintu, mainkan pandangan hingga nak jatuh. "Pasang ayat Ruqyah pun ditutup beberapa kali huhuhuhu. Dari hari pertama lagi, Allah Maha Agung. Sesungguhnya tiada kuasa melebihi kuasaNYA. Kita sama-sama makhluk, jangan ganggu boleh tak. Esok dah nak balik dah pun... Nak balik, cepatlah siang. Allahhu!," coret Aishah. Hantaran p...