Ini Penjelasan Cita Citata Tidak Berhijab Selepas Pulang Dari Umrah


Penyanyi yang popular dengan lagu Sakitnya Tuh Disini, Cita Citata mengakui mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak terus istiqamah berhijab selepas menunaikan ibadah umrah pada awal tahun lalu.

Menurut laporan Liputan6.com, Cita Citata menjelaskan harus kekalkan dirinya dengan imej tidak berhijab memandangkan dia merupakan seorang penyanyi dangdut.

"Disana saya melihat ramai yang berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk mendapat pahala.

"Bagi saya berhijab merupakan kewajipan bagi setiap orang wanita Islam, tapi sebagai penyanyi dangdut imej itu tidak sesuai dengan saya yang sering berjoget.

"Jadi jika saya ingin berhijab biarlah saya menjaga segalanya daripada segi pakaian dan perbuatan saya supaya ia sesuai dengan imej muslimah.

"Saya akan berhijab apabila tidak lagi menjadi penyanyi dangdut serta semua hutang kereta dan rumah baru saya selesai dibayar nanti," katanya.