TAWAU, SABAH – Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial memaparkan detik mencemaskan apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh mesin pam angin tayar, dipercayai berlaku di Tawau. Menerusi rakaman tersebut, sebuah kereta berwarna gelap dilihat bergerak di kawasan parkir sebelum tiba-tiba menuju ke arah mesin pam angin tayar lalu merempuhnya. Akibat rempuhan itu, mesin berkenaan tumbang. Lebih mengejutkan, seorang individu yang berada di belakang mesin tersebut turut terkena rempuhan berkenaan. Kejadian berlaku begitu pantas sehingga individu terbabit dipercayai tidak sempat mengelak. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum diketahui , termasuk sama ada ia berpunca daripada kesilapan pemandu, masalah teknikal atau faktor lain. Keadaan individu yang terlibat serta tahap kecederaannya juga belum dapat dipastikan. Lokasi tepat kejadian turut belum disahkan. Insiden ini menjadi peringatan kepada semua pemandu supaya sentiasa berhati-hati ketika mengendali...