Skip to main content

Posts

Jadual Fattah Amin Padat Sampai Tahun Depan

Selepas melalui episod hitam mahligai perkahwinan bersama aktres popular dan usahawan tudung Nur Fazura berakhir, kelibat anak kelahiran Setiawangsa, Kuala Lumpur ini semakin menjadi tumpuan peminat dunia seni tanah air, khususnya wanita. Diberi julukan “Duda Hot” oleh netizen, segala pergerakan dan aktiviti Fattah Amin, 34, diikut rapat dengan kemunculan pertama kalinya di TikTok pada pertengahan bulan ini turut mencetuskan fenomena, apabila meraih 100,000 tontonan dan memperoleh 44 juta tanda suka (likes) sepanjang tiga jam bersiaran. Bagaimanapun, penampilan terkini aktor kacak tinggi lampai ini mencetuskan kebimbangan peminatnya apabila dilihat mengalami penurunan berat badan. Menafikan kehilangan berat badan itu ada kaitan dengan episod duka yang dilaluinya, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin ini berkata keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak menentu dek kepadatan jadual kerja. Biarpun begitu, pelakon filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahl...

Mangsa Lapor Polis, Tertipu Dalam Skim Pelaburan Projek ‘Camping’

JOHOR - Harapan untuk mendapat pulangan imbuhan lumayan akhirnya lebur setelah terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan yang membabitkan kerugian lebih RM24.000 ribu. Perkara itu didedahkan Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN), En Zack PAKIN bersama 3 mangsa penipuan ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, hari ini. Menurut En Zack PAKIN, 3 individu dilaporkan kerugian hampir RM 24 ribu setelah terpedaya dengan skim pelaburan palsu project camping, yang aktif dalam negara sejak awal tahun lepas. "Mangsa dihubungi oleh salah seorang individu yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan dalang 'scammer' ini." "Mangsa didorong untuk melabur dalam perniagaan 'camping' dan dijanjikan pulangan sebanyak 6.67% setiap bulan dari keuntungan yang diperoleh dari hasil perniagaan yang dijalankan tetapi selepas pelaburan dibuat, pelabur tidak menerima apa apa pulangan seperti yang dijanjikan selama setahun." Me...

Saya Tidak Terlibat Pembunuhan Altantuya

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan tidak terlibat dalam pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat, Najib menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali, bertemu, atau mengarahkan pembunuhan Altantuya. Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bertanya tentang sebarang kaitan atau pengetahuannya mengenai Altantuya, seperti yang disebut dalam bab 42 buku "My Story: Justice In The Wilderness" tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. “Saya tidak pernah mengenali beliau, tidak pernah bertemu, dan tidak pernah memberikan arahan sedemikian. “Saya tidak terlibat dalam jenayah keji ini, dan saya tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. “Saya telah menyatakan ini secara rasmi dan bersumpah,” kata Najib pada perbicaraan penuh pertama bagi saman fitnahnya terhadap Thomas. Kenyataan Najib ini dibuat sehari selepas Mahkamah Persekutuan menukar hukuman bekas...

Wanita Tipu Diculik, Minta Wang Tebusan

Seorang wanita sanggup menipu keluarga dengan mendakwa dia diculik dan meminta wang tebusan sebanyak RM70,000 kerana terdesak untuk menyelesaikan hutangnya dengan 'along'. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata wanita berusia 55 tahun itu ditahan polis kira-kira 3.30 pagi tadi semasa dia ditemui di surau stesen pam minyak di Taman Sri Maharani, Muar Johor. "Kehilangan wanita itu telah dilaporkan anak lelakinya berusia 22 tahun selepas dia menerima pesanan mesej daripada nombor telefon mangsa yang memaklumkan ibunya telah dilarikan selain meminta wang sebanyak RM70,000. "Sebelum itu pada 11.15 pagi semalam, wanita itu meminta anaknya menghantar dia ke pasar raya di Peringgit dan kemudian keluar dari kereta kerana mahu membayar bil telefon tetapi dia didapati hilang selepas lebih sejam setengah anaknya mencari di kawasan sekitar," katanya dalam satu kenyataan di Melaka hari ini. Mengulas lanjut, Christopher berkata hasil siasatan wanita itu...

Akmal Didesak Minta Maaf Pada Teresa Kok Isu Sijil Halal

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Salleh didesak meminta maaf kepada Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dan semua rakyat Malaysia berhubung isu pensijilan halal. Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata keputusan terkini kabinet untuk tidak mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan perniagaan makanan yang tidak menjual daging babi dan alkohol membuktikan kebenaran pendirian Kok. "(Keputusan kerajaan) membuktikan kebimbangan Kok mengenai perkara tersebut berlandaskan undang-undang dan hak perlembagaan semua rakyat Malaysia. "Pandangannya mencerminkan kebimbangan semua lapisan masyarakat kerana rakyat, termasuk peniaga kecil Melayu dan bukan Melayu, sedang berdepan kesukaran ekonomi," kata Boo pada satu kenyataan hari ini. Sebelum ini Kok yang juga ahli parlimen Seputeh disiasat berhubung kenyataannya mengenai cadangan mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol. Antara lain Kok berkata ca...

Isu Sijil Halal: Polis Ambil Keterangan Teresa Esok

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dijangka akan memberi keterangan berhubung siasatan isu pensijilan halal kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi berkata, keterangan Ahli Parlimen berkenaan dijangka akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 10 pagi. Menurutnya, terdapat beberapa saksi lain juga akan dipanggil bagi membantu siasatan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). "Kita (polis) juga akan menentukan kemudian sama ada untuk memanggil saksi-saksi lain," katanya secara ringkas. Semalam, PDRM mengesahkan menerima lima laporan terhadap Teresa berhubung kenyataannya membabitkan isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga di Malaysia. Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan selain Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Siasatan akan dilakukan mengikut prosedur op...

Syamsul, Ira – Antara Cinta, Pembalasan Dan Air Mata

KIFARAH! Itu antara ayat yang ditujukan kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof apabila perkahwinan dengan isteri baharunya, Ira Kazar yang hanya mampu bertahan dalam tempoh kurang dua tahun tahun. Ibarat sampah cacian susulan kehancuran perkahwinan pertamanya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana hancur musnah pada Jun 2023 belum terlupus, perceraian talak satu dengan Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, pada 5 September lalu pula mencetuskan tepuk sorak. Kekalahan Ira-Syamsul seakan-akan kemenangan semula Sarah di mata ramai. Sejak kes dikemukakan ke mahkamah, segala macam komen pedas dalam media sosial portal berita sebaik khabar perceraian mereka dimuat naik, sama seperti pengumuman pernikahan pasangan terbabit di Selatan Thailand dihebahkan 6 Januari 2023. Namun ketika ditemui media di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Khamis lalu, bapa kepada dua cahaya mata itu juga mengambil pendekatan mengunci mulut sama seperti sewaktu mendepani momen perceraia...