Skip to main content

Posts

Pihak Berkuasa Digesa Siasat Pemalsuan Tandatangan Hak Milik Tanah

KUALA LUMPUR – Seorang tukang kimpal di sebuah syarikat besi tampil membuat aduan kepada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) selepas dokumen pindah milik tanah iaitu Borang 14A pada dua tahun lalu, dipalsukan oleh syarikat penjual hartanah. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa yang dikenali Nik Jefri Ismail,37, telah membeli tanah berkenaan dengan harga RM100,000 namun dokumen pindah milik menyatakan harga pembelian tanah itu adalah RM30,000. “Pada dua tahun lalu, mangsa telah membeli tanah di Melaka dan melakukan pembayaran sebanyak tiga kali iaitu satu kali secara dalam talian serta dua kali melalui pembayaran cek. Mangsa menyedari hal berkenaan setelah membuat semakan dibuat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) selepas berhasrat menjual semula tanah berkenaan. “Syarikat hartanah terbabit telah memalsukan dokumen malah meniru tandatangan mangsa yang mana tandatangan pindah milik itu sepatutnya disaksikan oleh pentadbir Pejabat Tanah d...

Video: Tolong Cap Pasport Saya' - Raja Permaisuri Agong 'Usik' Pegawai Imigresen

  KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meneruskan jelajah Kembara Kenali Borneo hari ini dengan berangkat tiba di Pos Kawalan Imigresen ICQS Sungai Tujuh, Miri, Sarawak dari Brunei Darussalam pada jam 12.10 tengah hari tadi. Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari ketujuh pada Sabtu, juga terus diserikan dengan kemesraan pasangan diraja yang dilihat melalui proses imigresen sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak. Dari Pos Kawalan Imigresen itu, Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo meneruskan pengembaraan ke Bandar Raya Miri.   Menerusi hantaran di laman media sosial rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua dilihat berkenan menyerahkan pasport baginda berdua kepada seorang pegawai imigresen sambil berseloroh memohon untuk dicap. Usikan itu turut disambut gelak ketawa oleh mereka yang hadir. Rata-rata komen yang dikongsikan ol...

Ayahanda Buat Kacau, Kalau Tak Bagi Duit Dia Nak Bakar Mesin

KECOH di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor apabila seorang lelaki dikatakan berpelakuan samseng dengan memungut wang perlindungan serta bayaran cukai bagi setiap projek pembinaan yang dijalankan di kawasan itu. Menggelar dirinya sebagai 'Ayahanda', individu terbabit dirakam sedang giat mengutip bayaran pada pekerja pembinaan di lokasi terbabit pada Khamis. Berdasarkan perkongsian di laman Facebook, lelaki itu difahamkan kerap mengganggu projek di sekitar Saujana Putra dan sekiranya ada pihak berani ingkar arahannya akan dikenakan tindakan keras. "Ayahanda Saujana Putra, datang kacau projek orang pau macam tak ada kerja, semua projek di sini kena melalui dia. "Kalau tak bagi duit dia nak bakar mesin kita, siapa kenal? "Dia kenalkan diri dia sebagai Paduka Ayahanda Boy, penjaga kawasan sini dan selalu mengugut kontraktor untuk bayaran," ujar perkongsian itu. Dalam pada itu, di ruangan komen rata-ratanya mengecam perbuatan individu berkenaan dengan ...

PAS Mungkin Hidupkan Semula Muafakat Nasional Sekali Lagi Bekerjasama Dengan Umno

PAS tidak menolak kemungkinan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dan sekali lagi bekerjasama dengan Umno memandangkan sebahagian besar ahli akar umbi masih sayangkan gabungan itu, kata timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today, ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata PAS sedia bersama Umno tetapi dengan syarat kerjasama itu tidak melibatkan pemimpin parti yang berpakat dengan DAP. “Gagasan penyatuan ummah MN masih terbuka dan PAS bersama Bersatu dalam PN yakin ummah ini perlukan penyatuan dan muafakat. “Kita penuh yakin dalaman Umno yang masih sayangkan gagasan ini dan demikian juga dalam PN. “Bagaimanapun, kita mesti buang yang keruh, yang punya agenda peribadi sehingga mengetepikan agenda ini dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas ditentang sebelum ini,” katanya yang dipetik oleh portal itu. Pemimpin PAS telah memainkan naratif kononnya Umno sedang retak dan menanti perpecahan susulan rasa tidak puas hati terhada...

Selepas Nabila Huda, kini Sharifah Sakinah Minta Nad Zainal Berpijak Di Bumi Nyata

Selepas Nabila Huda, kini pelakon Sharifah Sakinah pula muncul 'menghangatkan suasana' apabila dia menitipkan pesan kepada Nad Zainal agar “berpijak di bumi nyata” berhubung kemelut yang berlaku antara mereka. Melalui Instagram Sharifah Sakinah meluahkan perasaannya yang membayangkan memang ada perasaan kesal di lubuk hati terhadap persahabatan mereka yang tiba-tiba terlerai. “Dah boleh padam kot post ni. Saya jumpa awak di alam lain (kerana) di situ tiada radar. “Jujur dari hati, berpijaklah di bumi yang nyata. “Fikiran narsistik, kepura-puraan dan penafian akan tertulis menjadi takdirmu,” tulisnya. Nad, 33, sewaktu ditemu bual sebuah portal hiburan semalam berkata, dia enggan mengambil pusing berhubung cakap-cakap belakang mengenai dirinya. Sebaliknya, pelakon Soulmate Hingga Jannah itu berkata, dia ingin memfokuskan pada kehidupan peribadi saja. Spekulasi bermasam muka mulai timbul selepas Nad kembali pulih daripada masalah pendarahan paru-paru dialaminya. Dia dimasukkan ke...

Rosmah Tidak Bekerja Tapi Terima Sejumlah Wang Besar Ke Dalam Akaunnya

Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak bekerja, telah menerima sejumlah besar wang ke dalam akaun semasanya di Affin Bank Berhad dan menggunakannya untuk membayar bil telefon dan kad kredit yang ditanggung olehnya dan ahli keluarga. Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak mempunyai sumber bebas daripada sebarang pendapatan yang sah, membuat pembayaran bil telefon dan kad kredit melalui cek yang ditandatanganinya. “Pada setiap masa hingga pertuduhan di mahkamah, tertuduh tidak bekerja. Wang itu didepositkan ke dalam akaun bank semasa di Affin Bank Berhad. Jumlah wang yang didepositkan tidak setara dengan kemampuan tertuduh. “Tertuduh menggunakan khidmat seorang individu, Roslan Sohari untuk membuat deposit ini bagi pihaknya. Roslan menjadi pengurus rumah kediaman Kompleks Seri Perdana di Putrajaya. Wang dalam dideposit ini menjadi subjek pertuduhan pertama hingga ke-12 dalam kes ini,” kata beliau da...

Ketua Balai Polis Berdepan Hampir 100 Tuduhan Rasuah

Seorang anggota polis berdepan 98 pertuduhan menerima suapan dengan nilai keseluruhan RM31,400 di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang, hari ini. Anuar Yaakub yang berpangkat sarjan mejar didakwa melakukan semua kesalahan terbabit antara Jan 2021 hingga Okt tahun lalu. Anuar, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan selesai dibacakan di hadapan hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM100 hingga RM2,000 daripada beberapa individu melalui pemindahan wang atas talian ke akaun bank miliknya. Tertuduh sebelum ini bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebelum dipindahkan ke Balai Polis Cherating sebagai ketua balai. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan oleh pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif. Tertuduh pula diwakili peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim. Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan ikat jamin k...