Skip to main content

Posts

Video Kenderaan Hanyut Bukan Di Jalan Tapah-Cameron Highlands

Tapah: Polis menafikan video tular yang menunjukkan kenderaan dihanyutkan air berarus deras, berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat sini. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 1 minit 54 saat itu pada 6.30 petang tadi. Katanya, siasatan lanjut dilakukan segera susulan dakwaan kejadian berlaku berhampiran Kuala Woh. "Hasil siasatan mengesahkan kejadian itu tidak berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands dan polis mengingatkan pihak terbabit agar menghentikan penularan video yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Seksyen 505b Kanun Keseksaan. -  Harian Metro 

Apa Jadi Dengan Kes Kutu Sapiza Saving Extra? Ada Cubaan Desak Mangsa Tarik Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Mangsa pelaburan kutu 'Sapiza Saving Extra' merayu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci ke atas sindiket penipuan berkenaan, seterusnya membawa dalangnya ke muka pengadilan. Sehubungan itu, MHO, MCCC dan PAKIN bersama mewakili 40 mangsa sindiket tampil menyerahkan surat permohonan kepada PDRM bagi memohon status perkembangan siasatan, semalam. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata walaupun laporan sudah dibuat kumpulan mangsa pada Februari lalu, namun sehingga kini mereka tidak dimaklumkan perkembangan siasatan kes itu. "Mangsa mempunyai hak mengikut Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah untuk mengetahui perkembangan terbaru berhubung siasatan polis berkaitan kes itu. "Mereka juga bersedia memberi keterangan dan dokumen tambahan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi membantu polis meneruskan siasatan," katanya pada sidang media di pejabat JSJK ...

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati

QUITO - Seorang wanita di Ecuador 'bangkit semula' dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial. Gilbert Balberan yang merupakan anak kepada Bella Montoya, 76, memberitahu ibunya mengetuk keranda itu selepas 'kembali bernyawa' dan wanita tersebut kemudiannya dibantu oleh dua lelaki. Balberan menjelaskan dia terpaksa mendapatkan keranda yang didermakan untuk keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat. "Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami," katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif. Sebelum 'kematiannya', Montoya dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti. Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut selain menyelia perkembangan Montoya. - AFP

Bayi Lelaki Baharu Lahir Ditingalkan Di Atas Reban Ayam

LAHAD DATU - Seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemui di atas reban ayam di kawasan Kampung Jawa dekat sini pada Isnin. Bayi seberat tiga kilogram itu ditemui tanpa sebarang pakaian oleh seorang penduduk kampung kira-kira jam 6.30 pagi. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, lelaki berusia 51 tahun melaporkan bayi yang ditinggalkan itu ditemuinya ketika sedang melihat reban ayam miliknya. "Sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut. "Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada pada Isnin. Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana penjaga yang bertanggungjawab terhadap bayi itu berniat membuangnya. "Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. "Pihak kita sedang mengesan susp...

Bapa Tidak Mengaku Rogol Dan Liwat Tiga Anak Berusia 9, 12, Dan 13 Tahun

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan merogol dan meliwat tiga anaknya dalam kejadian antara Oktober 2022 sehingga Mei tahun ini. Tertuduh berusia 38 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan anaknya yang berusia 12 tahun di sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus kira-kira jam 12 hingga 1 tengah hari pada Mac tahun lalu. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas mangsa kira-kira jam 11 pagi di lokasi dan tarikh yang sama. Untuk pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa antara jam 10 hingga 11 pagi pada Disember 2022 di lokasi yang sama. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan. Tertud...

Video: Remaja Perempuan Bergaduh Di Bagan Serai Tular

Polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran video membabitkan pergaduhan antara dua remaja perempuan di Bagan Serai. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kejadian berlaku pada 9 Jun lepas kira-kira jam 10 pagi melibatkan remaja perempuan berumur 12 hingga 17 tahun. Menurutnya, remaja yang terlibat telah dikenal pasti dan telah hadir bersama keluarga masing-masing ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian sekitar jam 6 petang semalam bagi membantu siasatan. "Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua remaja yang terlibat dengan pergaduhan telah pun berdamai secara baik setelah selesai kejadian itu. "Kedua-dua remaja yang terlibat tidak mahu memanjangkan hal perkara tersebut termasuk pihak keluarga demi masa depan remaja yang terlibat dan satu laporan berhubung tidak mahu memanjangkan kes telah dibuat oleh pihak keluarga mangsa pada hari ini pada 7.21 malam," katanya dalam satu kenyataan semalam. Terdahulu pihak polis telah mengesan satu video berdurasi 48 ...

Kembar Dikenali Sebagai Rihana Dan Rihani Didakwa Jadi Dalang Sindiket Penipuan Beli iPhone Palsu

kembar yang dikenali sebagai Rihana dan Rihani kini jadi buruan polis JAKARTA: Pasukan Polis Metro Jaya giat memburu adik-beradik kembar yang dikenali sebagai Rihana dan Rihani selepas didakwa menjadi dalang sindiket penipuan pembelian iPhone palsu. Jurucakap Polis Metro Jaya, Hengki Haryadi berkata, bagi mengesan pasangan kembar itu, satu pasukan khas ditubuhkan. “Kami sudah tubuhkan satu pasukan khas untuk menangani kes ini, termasuk mengesan di mana Rihana dan Rihani berada. “Adik-beradik itu tidak akan dipanggil sebagai saksi, sebaliknya sebagai suspek berdasarkan sejumlah bukti yang mencukupi. “Jika polis menemukan mereka, tidak banyak cakap, terus ditangkap,” katanya. Kes penipuan yang dilakukan pasangan kembar itu mula dilaporkan kepada pihak berkuasa sejak Jun dan Oktober tahun lalu. Semua mangsa mereka membuat laporan polis dari pelbagai tempat dengan kebanyakannya di sekitar Jakarta. Berdasarkan laporan yang dibuat, jumlah kerugian yang dialami semua mangsa dianggarkan bernil...