Skip to main content

Posts

Karangan Mengenai Kemalangan, Jadi Kenyataan Buat Pelajar

KUALA LUMPUR: Allahyarham Danial Danish Mohd Ali, 14, yang maut dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 pada Sabtu lalu, bagaikan 'tahu' apa yang akan berlaku tiga hari sebelum menemui ajal dalam nahas terbabit. Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati itu seakan-akan mendapat firasat mengenai percutian keluarganya akan bertukar tragedi dalam satu karangannya ketika peperiksaan pada Rabu minggu lalu. Danial menulis satu karangan Bahasa Melayu yang menceritakan kenderaan keluarganya mengalami kemalangan jalan raya. Menerusi karangan itu, dia menulis 'pada ketika itu di tengah jalan raya tengah sesak dan ada kereta merempuh kereta keluarga saya. Selepas dia merempuh dan kereta saya tidak boleh bergerak langsung'. Dia juga menulis 'keluarga saya telefon 'towing' (trak tunda), saya dan mak saya ikut orang yang menolong di tempat tadi dan kita orang duduk di tempat rehat dari pukul 6 petang...

Ditahan Berdua-Duaan Di Bilik Hotel

SUNGAI PETANI - Seorang gadis sanggup mengambil sijil cuti sakit (MC) semata-mata mahu meraikan sambutan ambang merdeka bersama kekasih di sebuah bilik hotel di sini pada Rabu. Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, perbuatan itu terbongkar hasil serbuan kira-kira jam 2.30 pagi dilakukan oleh pasukan penguat kuasa dalam operasi sempena ambang merdeka di sekitar daerah ini pada Rabu. Menurutnya, pasangan berusia 19 dan 23 tahun yang mengaku bakal bernikah pada 10 Oktober depan itu memberi alasan menempah bilik hotel kerana mengantuk untuk pulang ke rumah mereka di Kulim dan Serdang, Kedah. "Gadis tersebut yang sepatutnya membuat kerja lebih masa (OT) telah mengambil MC, dijemput oleh kekasihnya di sebuah kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang sebelum ditemui berdua-duaan di sebuah bilik hotel di bandar ini," katanya. Sebelum itu, katanya, dalam serbuan berasingan, seorang lelaki dikesan bersembunyi dalam siling hotel bagi mengelak ditahan penguat kuasa...

Laporan Khas Siasat Kematian Arwah Muhammad Adib Siap

Laporan penuh dari Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada 2018, telah siap dan dijangka akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada September ini. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga pengerusi jawatankuasa khas itu berkata laporan yang disediakan itu telah mengambilkira pelbagai perspektif dan pandangan daripada pakar-pakar yang telah dilantik dan wakil kementerian, jabatan atau agensi berkaitan. “Adalah menjadi harapan kerajaan, agar laporan ini dapat menjawab persoalan orang ramai berhubung insiden ini. “Kerajaan juga berharap agar laporan ini dapat dijadikan panduan bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang kembali di masa hadapan. “Laporan penuh Jawatankuasa Khas ini dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada September 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Wan Junaidi (gambar, atas) berkata jawatankuasa khas itu juga tela...

Selepas 4 Tahun Perbicaraan Kes Rasuah Rosmah Diketahui Hari

Selepas hampir empat tahun perbicaraan, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengetahui hari ni sama ada beliau akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dijadual mengumumkan keputusannya pada 9 pagi di mahkamah terbuka. Bagaimanapun, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah memfailkan permohonan di saat akhir supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes tersebut. Permohonan itu difailkan semalam atas alasan tular di media massa dan elektronik pada 26 Ogos lepas berkenaan berlakunya kebocoran keputusan kesnya yang disediakan oleh pihak lain. Difahamkan Mahkamah Tinggi esok akan mendengar permohonan itu terlebih dahulu. Rosmah, 70, menghadapi satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak H...

PAKIN, MHO, SEMBOYAN Bersama Tan Sri Musa Hassan Serah Jalur Gemilang Kepada Orang Ramai

Dari kiri Dato Hishamuddin, Tan Sri Musa Hanssan, En Yusuf Azmi dan, En Zack Kuala Lumpur, Program Penyerahan Jalur Gemilang kepada orang ramai ini telah dianjurkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Malaysia (MHO) Dato Hishamuddin barsama Tan Sri Musa Hassan yang telah berlangsung pada 25 Ogos yang lalu. Program ini dibuat bertujuan untuk menyemai dan menaikkan lagi semangat patriotisme dan nasionalisme dikalangan rakyat Malaysia dimana masyarakat perlu sedar betapa pentingnya nilai patriotisme dalam memupuk semangat perpaduan yang tinggi dikalangan masyarakat negara kita yang berbilang kaum. Turut bersama menjayakan Program Penyerahan Jalur Gemilang iaitu Pengerusi PAKIN Malaysia En, Zack dan Pengerusi Semboyan Malaysia En, Yusuf Azmi. Program Penyerahan Jalur Gemilang, Pertubuhan Bukan Kerajaan ini telah disampaikan oleh Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan selaku penaung MHO Malaysia. Semoga dengan penyerahan Jalur Gemilang ini dapat menyemarakkan sambutan Hari...

Empat Beranak Termasuk Bayi Maut Kemalangan Di Kota Tinggi

Kota Tinggi: Empat beranak maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan dengan lori pasir di Kampung Semanggar di sini, hari ini. Mereka yang maut dikenali sebagai Mohamad Suti Yahaya, 39, isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, serta dua anak mereka, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 4, dan Nurfatihah Jannah berusia tujuh bulan. Mereka dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah. Menurut ibu kepada Siti Jamaliah, Rosni Sintingan, 53, dia hanya mendapat tahu mengenai kemalangan menimpa anak, menantu dan dua cucunya itu kira-kira jam 3 petang, selepas dimaklumkan anak saudaranya yang melihat gambar kemalangan itu di Facebook. Wanita itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian, namun dimaklumkan anaknya dan cucu, Nurfatihah Jannah, sudah dibawa ke hospital. "Apabila saya tiba di lokasi, saya hanya nampak jenazah menantu dan cucu lelaki sahaja yang masih terbaring di situ," katanya ketika dihubungi, hari ini. Rosni berkata, dia tidak mengetahui ke mana kelu...

Zahid Hamidi Disiasat Bawah Akta Hasutan

Polis mengesahkan menyiasat ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam taklimat khas kepada akar umbi Umno di Kuala Lumpur, Sabtu lepas. Menurut kenyataan polis, Zahid disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan kesalahan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (salah guna rangkaian perkhidmatan). Siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) atau D5 itu dibuat susulan 12 laporan polis yang diterima. Zahid dilapor memberi amaran bahawa perbicaraan kes rasuah SRC International melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak bakal dirujuk sebagai contoh perbicaraan tidak adil oleh negara Komanwel. Katanya, ia antaranya kerana tidak menampilkan saksi utama, iaitu bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz. “Apabila watak-watak utama tidak ditampilkan, bukti baharu tidak diterima, dan penangguhan tidak dibenarkan ekoran pertukaran peguam baru, maka wujudlah pelbagai persepsi yang menjurus kepada tanggapan wujudnya perbicaraan yang tidak adil,” katan...