Skip to main content

Posts

Jiran Pegang Kad ATM Keluarkan Wang Tanpa Kebenaran

KUANTAN: Tindakan seorang warga emas yang mempercayai jirannya dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) membawa padah, apabila wang simpanannya berjumlah RM26,060 dikeluarkan tanpa kebenaran. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa seorang peneroka berusia 80 tahun mendakwa, menyerahkan kad ATM kepada suspek wanita itu pada pertengahan Februari lepas. "Lelaki itu mendakwa tujuannya menyerahkan kad itu supaya suspek dapat membantu menyemak baki akaun, memandangkan dia sukar keluar ke bandar kerana tiada ahli keluarga yang tinggal berhampiran. "Mangsa mahu menyemak baki akaunnya selepas anak saudara lelakinya memaklumkan wang pampasan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), telah dimasukkan ke akaun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa suspek tidak memulangkan kad ATM mililknya selepas itu, dan sering memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status...

Bapa Kelar Anak Kerana Siaran Televisyen

Seorang bapa sanggup mengelar leher anak lelakinya sehingga mati di kediaman mereka di Jalan Kemudi, Bernam Jaya, Hulu Bernam, dekat Kuala Lumpur, semalam selepas bertengkar akibat menukar siaran televisyen. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata lelaki berusia 71 tahun itu, mengelar leher anaknya yang berumur 37 tahun sebanyak tiga kali menggunakan pisau yang diambil di dapur, selepas menolak mangsa sehingga jatuh semasa pertengkaran itu. Katanya selepas kejadian tersebut suspek membuat laporan polis pada 12.55 tengah hari itu, mendakwa anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah akibat luka di leher di ruang tamu rumah mereka, selepas pulang dari kedai. Dia berkata siasatan polis mendapati terdapat kesan kelar yang dalam pada leher mangsa yang dilakukan pihak ketiga dan bukannya bunuh diri. “Suspek kemudian mengaku telah mengelar mangsa serta ditahan untuk siasatan, selain polis turut merampas sebilah pisau, sehelai baju dan selua...

Lelaki Tak Pakai Pelitup Muka Di Stesen Minyak Terima Padah

Lelaki yang tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak dan mempertikai tugas polis yang mengeluarkan kompaun kepadanya dalam satu video yang tular semalam, direman empat hari bermula hari ini. Menurut laporan Berita Harian, perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. Suspek berusia 29 tahun itu, yang ditahan polis di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara di Petaling Jaya, Selangor malam tadi, dibawa ke mahkamah dan diwakili peguam Rahmat Hazlan, menurut laporan itu lagi. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat semalam. "Hasil siasatan ke atas rakaman video tersebut mendapati kejadian berlaku pada 19 Julai kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari, di sebuah stesen minyak di Sri Damansara. "Lelaki warga tempatan itu telah dikompaun oleh polis atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana tidak memakai pelitup mu...

Cubaan Rentas Negeri Gagal

TELUK INTAN: Polis berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki warga Indonesia merentas negeri dengan menyorok di bahagian bonet sebuah kereta semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 30, Jalan Feri dekat Hutan Melintang di sini, hari ini. Warga Indonesia berusia 18, 32 dan 36 tahun itu ditahan bersama pemandu kereta sewa yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun sekitar pukul 6 pagi. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, polis menahan kereta jenis Perodua Bezza yang dalam perjalanan menghala Hutan Melintang itu selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan. Menurut beliau, pemeriksaan ke atas kereta itu menemui tiga lelaki berkenaan berbaring dalam keadaan berhimpit di bahagian bonet. “Semakan mendapati lelaki-lelaki warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah. “Kesemua mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tu...

Salam Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin Dan Ebit Lew, Caprice Mohon Minta Maaf Atas Kesilapan

Ekoran kontroversi yang dicetuskan berhubung misi bantuan ke Gaza, penyanyi rap Caprice memohon maaf secara terbuka di akaun Instagramnya pada Isnin. Permohonan maaf itu dikemukakan beliau kepada Ebit Lew yang menjadi tumpuannya dalam pendedahan kononnya kehadiran pendakwah dan dermawan itu di Gaza, Palestin tidak disenangi. Dalam masa sama, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, juga memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannnya kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza. Selebriti berkenaan mengakui, apa yang berlaku sehingga menjadi topik perdebatan di media sosial sejak beberapa hari lalu adalah berpunca daripada kesilapannya sendiri dan tidak berkait dengan pihak lain. Dalam kenyataan permohonan maaf itu, Caprice membuka salam dengan menyebut nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. “Salam Tunku Mahkota Johor, Hishammuddi...

Suami Tikam Isteri Sampai Mati Sebelum Bunuh Diri Di Taman Kimsar, Perai

Seorang lelaki dipercayai bertindak membunuh isterinya dengan menikam mangsa sehingga mati sebelum dia membunuh diri, dipercayai bermotifkan cemburu, dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kimsar, Perai di Pulau Pinang hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Mohd Ra'ais berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada anak lelaki pasangan tersebut yang berusia 28 tahun, pada 3 petang tadi memaklumkan menemui mayat ibu dan ayahnya di rumah tersebut. “Sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan pemeriksaan menemui mayat seorang wanita, dengan tiga kesan tikaman di bahagian leher, dada dan perut mangsa, di dalam bilik di rumah didiami pasangan tersebut. Wanita itu berusia 54 tahun. “Manakala mayat lelaki iaitu suami wanita itu ditemukan di bahagian dapur dengan keadaan tergantung, dipercayai dia bertindak sedemikian (bunuh diri) selepas membunuh isterinya dengan cara menikam mangsa. Suspek be...

Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Dipilih Jadi Calon PM ke-9

SHAH ALAM - Majoriti responden dari bandar memilih Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri kesembilan. Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor's University, Anas Zubedy berkata, ia berikutan hasil kajian yang dijalankan secara dalam talian bertajuk ‘Siapa PM Selepas TS Muhyiddin?’ oleh beliau baru-baru ini. Menurut beliau, ketiga-ketiga calon berkenaan berjaya meraih undian tertinggi dan ia sekali gus menunjukkan rakyat percaya dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul. “Selain itu, ada juga calon yang meraih undian ramai antaranya Anthony Loke dari DAP. “Walaupun beliau dari DAP, undian yang diperoleh bukan dari satu kaum sahaja, tetapi kaum lain juga turut mengundi beliau sebagai calon Perdana Menteri yang kesembilan. Pemilihan calon PM perlu berdasarkan struktur, hierarki parti Jadi di sini kita lihat Anthony Loke turut mendapat kepercayaan yang tinggi. “Bagaimanapun kita perlu faham, ka...